Tuesday 27 March 2012

BOCOR ?


Jika berjaya , soalan bocor. Jika tidak berjaya, tiada solan bocor. Penulis sebagai pendidik dan bmerasa tempiasnya jika diperkatakan begitu. Untuk mengetahui soalan itu bocor atau tidak, kita boleh membuat kajian. Jangan mengeluarkan kenyataan tanpa bukti. Untuk itu, apa kata pihak-pihak yang rajin mengatakan soalan bocor telah menyebabkan Negeri Terengganu selalu mendapat tempat teratas membuat kajian tentang perkara itu. Bagaimana? Kejayaan dalam UPSR, PMR dan SPM boleh diukur selepas itu. Jika kita mengikuti pelajar-pelajar UPSR yang mendapat soalan bocor dalam UPSR ke sekolah menengah mereka ini sangat teruk keputusanya dalam PMR dan SPM. Mengapa masa UPSR boleh mencapai 5A tetapi dalam PMR sangat teruk. Nah...penulis dapat melihat perkara ini bertahun-tahun. Berbanding mereka yang berusaha sendiri dan keputusanya biasa-biasa tetapi akhirnya membanggakan. Ini cuma contaoh. Mungkinlepasan SPM , kita boleh lihat melalui kemasukan mereka ke Universiti atau IPTA atau tingkatan 6. Lihat apa akan berlaku kepada mereka? Yang pasti para gurulah akan menjadi mangsa kepada pelajar-pelajar ini. Usah kita menuduh tanpa membuat kajian, maka dengan itu penulis harap ada orang yang boleh buat kajian tentang soalan bocor ini. Jika penulis cakap tahun lepas ada soalan bocor, takut pula nanti penulis akan dikenakan tindakan dan dikatakna cemburu, sebab penulis seorang guru dan tahu apa yang berlaku tentang kebocoran yang berlaku. jalan paling selamat, kita buat kerja dengan betul dan tidak mendapat kepuasan dengan cara yang salah. Biarlah ditanya pihak JPN atau KPM tentang prestasi kita asalkan kita benar. Untuk itu, perlu satu kajian mengenai laporan akhbar mengatakan " bukan soalan bocor". Baca sini

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online