Sunday 4 March 2012

91 PUTING BELIUNG SERANG AS


Puting bermaksud hujung yang runcing pada pangkal parang , pisau dan lain-lain. Manakala beliung ialah sejenis mata pisau yang sangat tajam. Malah menurut kamus dewan juga puting juga bermaksud.....tak perlu lah disebut. Buka muka surat 1259 Kamus Dewan dan lihat maksudnya. Apa yang ingin diperkatakan adalah mengenai 91 puting beliung yang melanda Amerika Syarikat. Begitu dasyat jika melihat keadaan yang berlaku. Petikan dari akhbar Mingguan Malaysia:

CHICAGO 3 Mac - Pasukan penyelamat hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa selepas lebih 91 puting beliung melanda seluruh Amerika Syarikat (AS) semalam yang menyebabkan sekurang-kurangnya 31 maut.

Berpuluh-puluh kediaman, kenderaan dan bangunan awam antara paling teruk terjejas dalam bencana tersebut.

Menurut pihak berkuasa, jumlah mangsa terkorban di Indiana mencecah 13 orang menjelang petang semalam.Baca seterusnya



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online