Friday 16 March 2012

3 JUN TARIKH PILIHAN RAYA?


Sebuah akhbar tempatan meramalkan bahawa pilihanraya akan datang akan diadakan pada 3 Jun 2012. Berita itu berbunyi begini;

SHAH ALAM - Kerajaan Pusat sedang mempertimbangkan kemungkinan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei atau Jun ini, lapor Bloomberg hari ini.

Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online