Sunday 5 February 2012

UPM DAN BAHASA MELAYU

Hari ini penulis ada terbaca dalam akhbar tempatan mengenai Universiti Putra Malaysia telah mensyaratkan pelajarnya lulus Bahasa Melayu supaya dapat bersaing dalam pasaran pekerjaan. Bagi penulis, Bahasa Melayu lebih sesuai deigunakan berbanding Bahasa Malaysia kerana bahasa itu sememangnya dituturkan oleh orang Melayu. Kita tidak ada bahasa Cina dan bahasa India. justeru, penulis tetap menggunakan bahasa Melayu berbanding Bahasa Malaysia. Berbalik kepada tindakan UPM mensyaratkan pelajar lulus Bahasa Melayu sebagai syarat universiti , penulis rasakan satu tindakan baik dilakukan. Memang pelajar telah lulus dalam peperiksaan SPM, STPM dalam bahasa Melayu , tetapi apabila masuk universiti dan mengambil bidang yang tidak berkaiatan bahasa, sudah tentu mereka akan hilang skil dalam berbahasa. Sebenarnya , belajar Bahasa Melayu ini amat susah kerana sehingga sekarang pun penulis masih lemah dalam Tatabahasa Melayu. Untuk mengangkat taraf bahasa kebangsaan ini, penulis kira langkah ini patut diikuti oleh semua universiti di Malaysia. Nah..!adakah langkah UPM ini akan diikuti oleh pihak lain. Dan , penulis juga berharap komposer dan penulis lirik lagu menjaga keaslian Bahasa Melayu agar kita dihormati oleh karyawan asing. Takut..melihat hari ini kedengaran lagu yang mencampuradukkan bahasa. Tahniah...Universiti Putra Malaysia.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online