Wednesday 8 February 2012

" TETAP TAK PANDAI"


Melihat entri penulis kali ini ada kena mengena dengan kisah pelajar di Kuala Lumpur yang kononya jumpa bomoh untuk lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Nak tergelak pun ada , sakit perut pun ada. Ada ka patut jumpa bomoh dan guna daun sirih untuk dapat A dalam peperiksaan. Hari ini kenyataan 'Tetap Tak Pandai' keluar dalam akhbar. Penulis setuju dengan pernyataan ini. Sememangnya kita yang sudah masuk ke pusat pengajian tinggi tidak perlu lagi berjumpa bomoh ataupun meminta pertolongan selain daripada ALLAH. Memalukan apabila membaca kenyataan pelajar tersebut yang menyatakan bahawa mereka boleh lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris. Bagi penulis yang bekerja sebagai pendidik mempunyai pendapat kepada pelajar tesebut. Biar bodoh tapi ingat ALLAH , Biar tak pandai tapi guna akal, Biar tak lulus daripada mensyrikkan ALLAH. Penulis tidak pernah mengajar supaya pelajar mencari bomoh untuk menjadi pandai. Orang mencari guru bukan mencari bomoh.

Tetap tak pandai sekiranya pelajar ini keluar ke pasaran kerja, mereka belum tentu boleh membawa diri dengan baik kerana semasa peperiksaan mengharapkan pertolongan jin. Tetap tak pandai kerana hanya mata pelajaran itu sahaja yang boleh digunakan. Tetap tak pandai kerana mereka telah menyekutukan ALLAH dengan perkara-perkara syirik. Penulis rasa, inilah bahananya apabila kita terlampau disogokkan dengan cerita-cerita berbentuk tahyul dan khurafat. Kita dsidogikkan dengan lirik-lirik lagu yang menjurus ke arah hedonisme. Selain itu, pelajar-pelajar ini berkemungkinan tidak didedahkan dengan pelajaran agama yang mencukupi. Lebih baik meniru kawan daripada menyekutukan ALLAH. Kepada semua pelajar, belajarlah dengan menggunakan akal kita sendiri. Penulis pasti , kita akan lebih merasai kepuasan belajar sekiranya kita yang berusaha, kita yang membuatnya dan kita yang meminta kepadaNYA.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online