Wednesday 29 February 2012

SUAMI WANITA BERKHALWAT GURU KOMITED


Suami wanita yang dikatakan ditangkap khalwat bersama Dr Badrol Amin merupakan seorang suami yang komited dengan tugasnya sebagai guru. Petikan ini boleh dilihat dalam akhbar tempatan. Walaupun beliau baru bertukar ke salah sebuah sekolah menengah di daerah kuantan, kata rakan setugasnya. Rakan setugas beliau tidak percaya dengan apa yang diperkatakan dalam akhbar sebelum ini. Jika kita sendiri berfikir secara logic akal pun, bagaimana seseorang yang dibelasah hamper 20 orang tidak mengalami kecederaan. Mungkin diserang secara lembut atau saying hingga tidak Nampak kecederaan. Jika orang lain , mungkin patah tangan atau muka lebam-lebam. Bukan penulis untuk menidakkan kebenaran. Harap pihak berkuasa dapat mencari kebenaran dan keadilan kepada kedua-dua belah pihak. Kepada suami wanita terbabit, tabahkan hati anda. Mungkin anda tidak menjangkakan hal peribadi anda akan tersebar seluas ini. Bagi lelaki di luar sana yang bergelar suami dan bakal suami, apakah tindakan anda sekiranya isteri anda melakukan perkara yang sama walaupun anda menghadapi masalah rumahtangga. Kepada wanita di luar sana yang bergelar isteri dan bakal isteri , apakah tindakan anda sekiranya anda mempunyai masalah rumahtangga dan jalanya mencari penyelesaian sebegitu. Kita jadikan ini sebagai pengajaran dan ambil iktibar dengan harapan ia tidak akan berlaku kepada diri kita.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online