Saturday 25 February 2012

SEMUA TOKOH ADA PERANAN


Tokoh Sejarah Negara

Semua orang ada peranan. Itulah yang diperkatakan oleh tokoh Sejarah negara kita.Bagaimana beliau boleh mengatakan sedemikian. Oleh itu, marilah kita lihat petikan kata-kata beliau dalam akhbar sinar harian.

KUALA LUMPUR - Tanah Melayu tidak pernah dijajah secara sepenuhnya oleh British kerana orang Melayu masih mempunyai tempat dalam perkara tertentu, kata pakar sejarah Malaysia Datuk Prof Ramlah Adam.

Beliau berkata, antara bukti perkara itu ialah pengekalan institusi raja Melayu dan peranannya dalam hal ehwal agama Islam serta adat istiadat orang Melayu."Meskipun British memegang kuasa pentadbiran di Tanah Melayu pada zaman sebelum merdeka, mereka tidak buang terus peranan raja Melayu yang dianggap sebagai elemen penting terutama sebagai anggota mesyuarat... yang mereka hapuskan adalah peranan pembesar negara seperti Bendahara dan Temenggong," katanya.

Ramlah yang berkata demikian pada Kolokium Sejarah Malaysia, di Universiti Malaya di sini hari ini, mendasarkan pandangannya pada sejarah Tanah Melayu.

Sebenarnya, apabila belajar sejarah kita akan tahu perkara ini. Namun demikian , kita masih menggangap belajar sejarah sebagai membosankan. Yang diutamakan mata pelajaran sains dan matematik. Justeru, akan lahir generasi yang buta sejarah selepas ini. Jika kita ingin bandingkan Amerika dan negara-negara eropah , mereka amat mementingkan sejarah. Oleh itu tepuk dada tanya selera.



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online