Wednesday 1 February 2012

SEJARAH TAK AMBIL TAHU

Apakah Sejarah ? Ramai orang yang belajar tentang sejarah..tetapi tidak pernah ambil pengajaran daripada sejarah. Minggu hadapan hari Ahad kita akan mengenang Sejarah Kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Apabila kita menyebut sejarah , sudah tentu kita akan mengenang kembali sejarah atau sirah rasulullah. Maknanya di sini , kita semua perlu melihat sejarah itu sebagai sesuatu yang perlu kita ingati dan pelajari. Apabila belajar sejarah, kita perlu ambil iktibar daripada apa yang berlaku dalam sejarah tersebut. Untuk itu, hari ini seorang pemimpin yang sangat terkenal dan ditaksub oleh pengikutnya, sesuka hati mengeluarkan kenyataan. Yang peliknya, pengikut-pengikutnya yang taasub, tidak perlu berfikir tentang kenyataan tersebut. Apa sahaja yang dikatakanya, sudah tentu betul dan sememnagnya betul. Beginilah sikap manusia yang tidak mahu belajar tentang sejarah. Jika pendatang asing datang dan membina rumah di tanah kita....kita cuba mengahalaunya dengan sedaya upaya...tapi semakin hari semakin banyak tanah kita diambil. Nah...jika pembaca sendiri faham maksud saya...fikirkanlah.....tanah itu ada sejarah tersendiri. Jadi usah sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang pada fikiran saya...rakyat Malaysia kebanyakkan masih buta SEJARAH.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online