Tuesday 28 February 2012

SAYA BERKHALWAT?

Susuk tubuh wanita yang dikatakan bersama Ustaz Badrol Amin , Sinar Harian

Kita digemparkan dengan penangkapan Ustaz Badrol Amin dan pasanganya di sebuah hotel di Kuantan. Mereka berdua ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama islam Pahang pada pukul 2.30 pagi kononya. Dalam Akhbar Sinar Harian semalam , Dr. Badrol Amin menafikan perkara tersebut. Beliau menyatakan hanya ingin membantu wanita tersebut yang mengalami masalah rumah tangga. Justeru, wanita terbabit telah menafikan nahawa dia telah ditangkap khalwat dan dia telah difitnah. Dia juga menyatakan bahawa sangat mengenali Dr. Badrol Amin setelah mengerjkan umrah bersama-sama. Logik akal kita akan berkata, tiada tempat lagikah untuk kita mengadu nasib dalam rumah tangga selain suami orang, kenapa perlu berjumpa di hptel pada pukul 2.30 pagi untuk menyelesaikan masalah rumah tangga. Harap Sinar Harian dapat bertemu dengan suami wanita ini untuk penjelasan lebih lanjut. Kita takut, sikap menghormati ustaz meletakkan mereka selesa untuk melakukan apa sahaja. Dan kita takut, perkara yang tidak berlaku akan menjadi satu berita palsu. Baca seterusnya....

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online