Friday 24 February 2012

SAH MENJADI SUAMI ISTERI

Harap berkekalan seperti mana eratnya genggaman tangan mereka.

Untuk kali ini, penulis ingin mengucapkan tahniah kepada dua pasangan ini kerana telah sah begelar suami isteri. Bukan senang kepada mereka berdua ini, menjadi pasangan popular akan diperhatikan oleh semua orang. Apa yang dilakukan pasti menjadi bualan dan perhatian. Tahniah sekali lagi dan jangan jadikan perkahwinan ini hanya sebagai satu persinggahan. Untuk berita penuh, kita boleh lihat dalam akhbar Sinar Harian seperti berikut;

PUTRAJAYA - Setelah setahun menyulam cinta, Yusry Abdul Halim sah menjadi suami pelakon, Lisa Surihani dengan sekali lafaz, kira-kira jam 9.10 malam ini.

Majlis dimulakan dengan upacara membalas pantun mengikut tradisi Melayu lama di Ballroom Hotel Marriot di sini.

Pasangan dinikahkan oleh Halim Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang dengan berwalikan abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed.

Lisa menerima sebentuk cincin dan seutas rantai sebagai tanda upacara membatal air sembahyang manakala Yusry menerima sebentuk cincin tanda kasih dari Lisa.

Pengantin perempuan menyerahkan sembilan dulang hantaran berupa, sireh junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan sembahyang, kelengkapan lelaki, koleksi CD Beattle, keyboard, kek dan coklat.

Yusry pula menyerahkan sebentuk cincin, seutas rantai, tepak sireh, kelengkapan sembahyang, kek dan halwa.

Namun kedua pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran.

Lisa mengenakan busana baju kurung moden rekaan, Cosry berwarna 'Off White' sementara Yusry mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor dan samping direka oleh Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah diuruskan oleh DZMS Events tampak meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage yang bertemakan Winter Garden.


Tahniah...jaga tingkah laku sebagai suami dan isteri.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online