Tuesday, February 21, 2012

Latiff Ibrahim meninggal dunia di IJN


Penulis ingin merakamkan takziah kepada keluarga penyanyi Latiff Ibrahim. Sebelum itu, sumber dari berita harian menyatakan Allahyarham masih lagi belum meninggal. Namun begitu berita ini juga diperolehi melalui sumber Berita Harian ,

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon veteran, Latiff Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada kira-kira jam 6.06 petang tadi.

Kakak penyanyi itu, Sophia Ibrahim berkata, jenazah Allahyarham dibawa pulang ke kediaman keluarganya di AU3, Keramat pada malam ini, manakala urusan pengebumian dijangka disempurnakan esok."Buat masa ini keluarga terdekat sedang menguruskan jenazah untuk dibawa pulang ke rumahnya. Jenazah kemungkinan dikebumikan sebelum Zuhur esok namun lokasinya masih belum dapat dipastikan," katanya. Takziah diucapkan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online