Saturday 25 February 2012

GURU DIPAKSA DERMA UNTUK SEKOLAH


Alhamdulillah , sangat bagus tajuk entri kali ini. Menderma adalah satu amalan yang mulia. Tetapi dipaksa merupakan satu konotasi yang menunjukkan tingkahlaku atau perbuatan yang tidak baik. Jika benar apa yang dilaporkan oleh akhbar Sinar harian ini , maka amat menyedihkan bagi golongan guru di sekolah tersebut. Apa yang membuatkan penulis rasa nak tergelak adalah disebabkan kasta gred guru tersebut. Jika guru yang bergred DG44 dipaksa menderma RM50 setahun untuk dana sekolah, bagaimana dengan pengetua yang mungkin bergred DG52 atau DG54. Sudah tentu lagi banyak terpaksa menderma. Apa yang ingin dilakukan oleh sekolah adalah langkah yang baik. jika dipersetujui ramai, sudah tentu tiada laporan dari guru sekolah tersebut kepada NUTP. Sudah tentu merek rasa dianiaya. biarpun hanya RM50, tetapi itu adalah hak mereka. Selain itu, NUTP juga menerima laporan, guru-guru perlu ada di sekolah sebelum pukul 7.00 pagi. Hal ini memang berlaku kepada kebanyakkan guru di seluruh Malaysia. Bayangkan guru-guru perlu menghantar anak mereka sebelum pukul 7.00 pagi ke sekolah sedangkan anak orang lain belum lagi sampai. Hal in kadang-kadang membahayakan. Jika ini berlaku, ia sangat menyedihkan. Untuk berita penuh kita boleh baca di sini.

Petikan sebahagian berita tersebut:

KUALA LUMPUR -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini melaporkan sebuah sekolah di Johor telah memaksa guru-guru gred 44 di sekolah itu menyumbang RM50 setahun sebagai dana kewangan sekolah berkenaan.

Presidennya Hashim Adnan berkata sehubungan itu wakil guru sekolah di Batu Pahat tersebut telah membuat laporan kepada NUTP Rabu lepas.



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online