Tuesday 28 February 2012

GURU BESAR KENA GOMOL

Bergaduh seperti ini, Gambar hiasan sahaja

Beginilah jadinya apabila seorang guru tidak dapat menerima teguran daripada pentadbir. Mungkin selama ini dia menahan diri dari melakukan perkara yang di luar dugaan. Tetapi hari ini kita dikejutkan dengan berita Guru Besar digomol oleh gurunya sendiri kerana menegur. Yang lebih memalukan ialah perkara itu dilihat oleh murid-murid. Beginikah sikap guru dan Guru Besar sekolah terbabit. Pihak jabatan atau kementerian Pelajaran perlu menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada dua-dua pihak terbabit. Baca seterusnya

Petikan daripada berita Sinar Harian seperti berikut:

GEORGETOWN - Gara-gara tidak boleh menerima teguran, guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru besar di tangan dan belakang kepala.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.

Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.

Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar sambil diperhatikan murid termasuk darii kelas terbabit. Mereka hanya mampu melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.

Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.



0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online