Sunday 12 February 2012

Demam One Direction


Kali ini penulis ingin memperkatakan tentang kegilaaan remaja seluruh dunia mengenai Kumpulan penyanyi remaja lelaki, One Direction. Mungkin belum lagi menjadi kegilaan peminat di Malaysia. Tetapi selepas ini , Justin Beiber bukan lagi menjadi bualan dan kegilaan remaja seluruh dunia. One Direction ialah kumpulan lima renaja lelaki iaitu Niall Horan, Zayn Malik, Liam Payne, Harry Styles dan Louis Tomlison yang berusia 19 hingga 21 tahun. Mereka telah myertai program nyanyian the X Factor. Walaupun kalah di peringkat awal, tetapi Simon Cowell dapat membentuk mereka menjadi kumpulan yang digilai ramai. Kalau di Malaysia mungkin ada Forteen dan penulis tidak berapa pasti. Jika ingin tahu lebih mendalam tentang One Direction ni boleh klik SINI ....Penulis bukan tahu sangat pun tentang kumpulan ini. Setelah baca akhbar, penulis cuba cari dan tengok apa yang ada pada mereka ini. Minat ...minat juga , bagi remaja perempuan terutamanya...jaga akhlak dan maruah kita. Hanya sebagai pandangan dan pengetahuan...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online