Thursday 23 February 2012

CUEPACS TUNTUT NAIK GAJI RM700 - RM2500

Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman , Sumber Sinar Harian

Cuepacs membuat tuntutan kenaiakn gaji yang agak besar kepada kumpulan gred 1 hingga gred 54. Tuntutan ini dilihat sukar dipenuhi oleh kerajaan. Apa pun kita tunggu dan lihat tentang tuntutan ini. Berdasarkan laporan Sinar Harian seperti berikut:

PUTRAJAYA - Di sebalik rasa tidak puas hati berkenaan dengan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang sepatutnya dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, Cuepacs hari ini menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.

Pelaksanaan SBPA ditangguhkan sementara pasukan petugas khas selesai menjalankan semakan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi SBPA.

Dipetik Bernama, beliau berkata, tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

"Misalnya bagi mereka yang berada di Gred 17, gaji semasa dalam SSM ialah RM820 perlu dinaikkan sebanyak RM1,000 kepada RM1,800," katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas cadangan Cuepacs pada mesyuarat pasukan petugas semakan semula SBPA. Baca seterusnya...

Harapan kakitangan awam agar tuntutan ini dapat dipenuhi. Kita tunggu dan lihat.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online