Wednesday, February 29, 2012

CIKGU TERLAMPAU


Tugas seorang guru adalah untuk mengajar. Namun terdapat segelintir guru yang terlampau dalam tindakan sehingga mendatangkan masalah kepada mereka. Guru atau lebih sedap lagi dipanggil Cikgu kadang-kadang melampau dalam pengajaran mereka. Misalnya hari ini, cikgu terlampau lembut sehingga murid pijak kepala. Cikgu terlampau ini kebanyakkan terdiri daripada guru wanita. Realitinya kita dapat lihat di sekolah-sekolah. Namun begitu tidak dinafikan ada juga dalam kalangan guru lelaki yang terlampau. Misalnya , memukul murid sehingga patah riuk, mendenda sehingga murid pengsan dan sebagainya. Kadang-kadang untuk menjadi guru yang baik , kita perlu menjadi terlampau. Ada guru yang hari ini terlampau mengambil berat akan anak muridnya, sehinggakan murid tidak hadir ke sekolah diturutnya ke rumah. Ada juga guru yang terlampau dalam mengajar sehingga murid sangat gembira dan dapat mengikuti apa yang diajarkan. Berbalik kepada , guru yang terlampau lembut , guru yang terlampau memberi muka dan segalanya terlampau sehingga murid sekarang tidak lagi seperti murid dahaulu. Tindakan terlampau atau melampau ini kadang-kadang memberi kebaikan dan kadang-kadang memberi keburukkan kepada kita semua. Tepuk dada tanya iman. Adakah anda seorang yang terlampau?

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online