Tuesday 20 September 2011

Sangat Kejam

Perkara ini seharusnya tidak berlaku kepada mereka. Jangan kerana ingin mengejar rangking, glamour dan peratus , murid-murid ini dinafikan hak mereka. Biarpun mereka bukan pelajar pintar , cerdik dan sederhana, maka hak untuk ambil periksa dinafikan. Jika betulah laporan ini , pihak sekolah perlu bertanggungjawab. Penulis juga mempunyai murid yang dirasakan tidak perlu mengambil peperiksaan UPSR kerana tidak boleh membaca dan menulis. Tapi apa hak penulis untuk menghalang mereka. Jika empat orang pelajar penulis tidak mengambil peperiksaan baru-baru ini , sudah pasti peperiksaan untuk mata pelajaran BM seratus peratus lulus. Tapi penulis tidak mahu nanti ditanya oleh maha berkuasa di sana. Jika betul perkara ini berlaku , amat malanglah kepada semua warga penedidik di sekolah tersebut. Menyekat hak murid untuk kepentingan sekolah. Jangan biarkan ia terus berlaku. Berita penuh di sini.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online