Tuesday, April 5, 2011

BERLAKU DEPAN MATA


Di sinilah berlsku kejadian di depan mata
Hari ini pada pukul 2.15 petang satu peristiwa yang mungkin aku tidak akan lupa sampai bila-bila. Seperti biasa , setelah tamat waktu persekolahan aku terus kemas barang lalu menuju ke arah motorsikal. Entah kenapa , dua hari ini aku teringin benar menunggang motorsikal ke tempat kerja. Mungkin ada hikmahnya , aku terlewat sedikit atau sememangnya Allah mahukan lagi aku berada di bumi ini. Dalam perjalanan pulang ke rumah yang jauhnya hampir 5o km perjalanan sehala, aku dapat lihat pelbagai karenah manusia memandu kenderaan. Tahun ini, adalah kali ke dua aku melihat kemalangan maut yang berlaku. Kali pertama aku hampir nampak bagaimana ia berlaku. Tapi kali ini , seorang penunggang motorsikal berada 30 meter di hadapanku putus kaki kanan apabila melanggar sebuah kenderaan yang aku anggap gila kerana menyebabkan perkara ini terjadi. Sungguh, hari ini sangat menyayat hati. Perkara ini betul-betul berlaku di depan mata. Aku tidak berani menolong , malah aku tidak langsung menyentuh untuk mengangkat mangsa. Sungguh..aku tidak berani apabila melihat perempuan bertudung dihadapan aku putus kaki sedangkan sebelum itu , seperti aku memikirkan untuk sampai ke destinasi. Aku teruskan perjalanan ke pondok polis di Taman Sidam Kiri...tapi tiada pekerja. Aku cuma berharap pemandu lori yang berhenti menolong mangsa. Entah bagaimana keadaan wanita itu. Yang pasti..aku memang lihat pemandu kereta itu bersalah. Wanita itu tidak memandu laju , kereta itu berpusing lalu masuk ke laluanya. tanpa dapat mengelak , wanita malang itu dihentam pintu belakang kereta sehingga berlubang. Aduhhh....kamera sentiasa bersamaku...tapi kali ini aku tidak mampu untuk berhenti merakam kejadian yang sememangnya berlaku di depan mata. Terfikir aku , jika tiada wanita itu tadi..sudah pasti aku yang berada di situ. Aku pasti...dan sangat pasti. Walaupun aku menunggang dalam keadaan yang selamat , tetapi pemandu kereta pula yang mengakibatkan kejadian. Yang membuatkan aku geram, pasangan kekasih yang pastinya belum kahwin keluar kereta dengan selambanya tanpa rasa ingin membantu wanita terbabit. Oh...sampai bila aku akan terus melihat kemalangan atau aku sendiri yang terlibat seandainya permohonan pertukaran masih lagi tidak diluluskan.

8 Comments:

zul permatang badak said...

cikgu...
kita memandu elok....hendak memotong motosikal pun jauhkan sikit sisi...takut2 motosikal lebihkan ketengah....teragak-agak kita...menjaga pemanduan orang....hendak masuk jalan kanan pun..jeling cermin belakang.....

tapi.....orang2 muda mencelah-celah...seolah-olah jlanraya dia yang punya....kalau saling menjaga...
mendahulukan orang / destinasi yg dituju sampai juga..........tapi menga kita tidak sabar.....

subjek kesopanan jalan raya perlu untuk anak2 kita....malah kita pun perlu diasah sikap ....untuk menghargai hak orang lain....

Anjungsena said...

En Zul
Saya setuju , subjek kesopanan perlu untuk semua..

kpah k-poh said...

maknanya cikgu hari2 berulang alik ker?? mengapa cikgu tak bawak famili duk di kulim jer..sewa rumah...

Anjungsena said...

Kak Pah
Saya dah menetap kat kulim sejak berpindah balik dari Selangor..tapi, rumah dah beli kat SP...jadi bayaran bulananya boleh tahan. saya mohon tukar masuk SP ..tapi khidmat saya masih diperlukan di sini. Orang rumah pun bekerja di SP...penin-penin dan penin

kpah k-poh said...

ohh gitu...kena sentiasa berhati2 lah cikgu...

Ustaz Love said...

Salam..

Ustaz Love pun pernah alami kejadian yg sama.. tgh tunggu trafik light merah, tiba2 laju je kete potong belah kiri.. terus langgar motor mamat yg baru keluar simpang.. lepas tu pempuan driver tu sibuk2 nak buat2 call sana sini.. Ustaz Love park motor, angkat serpihan dgn baju mamat tu.. terus sound kat driver tu suh alih kete dia yg letak tengah2 jalan..

Sepanjang perjalanan lepas tu dok terfikir2 pasal kejadian.. Agak terkejut.. Mungkin itu juga yg cikgu rasakan ;)

Anjungsena said...

Ustaz
Sampai la ni saya masih terbayangkan wanita itu, kadang-kadang terfikir juga seperti kita yang sedang memikir-mikir nak masak apa untuk anak, jekap lagi nak buat itu, buat ini..ataupun mungkin trfikir nak buat ibadat yang lebih....aduh....sampai bila la benda ni nak hilang sebab hari-hari saya lalu jalan tu....

ibukumala dimalaysia said...



ASSALAMU ALAIKUM ,WARAHMATULLAHI WABARAKATU…

HANYA INGIN BERTERIMAH ,KASIH BANYAK
KEPADA AKI DARMO KARNA BERKAT ???
¦n ¦?¦¦¦? ??¦¦¦?
??? ?¦¦¦¦?¦n¦¦n ¦
¦??¦?¦nnn ¦?¦¦ ¦¦?
BANTUAN BELIAU, KAMI YANG DULUNYA
CUMA PENGUSAHA KECIL DAN SEBAGAI
PENGUSAHA KECIL,KAMI SANGAT MEMBUTUHKAN
YANG NAMANYA TAMBAHAN
MODAL UNTUK USAHA..ALHAMDULILLAH ATAS
BANTUAN AKI KINI USAHA KAMI SEKELUARGA MAKIN
BERKEMBAN DAN KAMI TIDAK PERLU LAGI PINJAM
UANG DI BENG YANG PENUH RESIKO,KINI HANYA
DENGAN MELAKUKAN “TRIK JITUH” AKI DARMO DAN KAMI MINTAH 6D…


KETIk- >>>KLIK DISINI<<<<
..
KAMI BISA MENANG 6D…BENAR-BENAR TEMBUS,, DAN ALHANDULILLA KENA LAGI… [[ 203497 ]].. ITU

CUMA PUTARAN, SPORTS TOTO,6D,, DI MALAYSIA,,,, TGL ,28 ,, 07 ,,, 2015…
DAN DENGAN
DENGAN ANGKA BERTUA ATAU ANGKA GOIB/ANGKA RITUAL /ANGKA KERAMAT,,,
2D,3D,4D,5D,6D,7D ,9D-ITU SEMUA KENYATAAN…


PENUH HARAPAN KAMI YANG DULUNYA SELALU
MENCARI-CARI TAMBAHAN PENGHASILAN DAN SECARA TIDAK
SENGAJA KAMI MENEMUKAN BEBERAPA KOMENTAR
TENTANG AKI DARMO DI INTERNET,KARNA PENASARAN
AKHIRNYA DENGAN SISAH UANG KAMI YANG TINGGAL SEDIKIT
DAN KAMI JUGA MENGIKUTI SARAN AKI
DARMO, DAN SYUKUR ALHAMDULILLAH KAMI KENA 600 JUTA LEBIH KALAU DUIT INDONESIA
BERHASIL,, DAN JIKA ANDA INGIN SEPERTI KAMI SILAHKAN HUBUNGI
AKI DARMO DI [082-310-143-355] NOMOR RITUAL ANGKA JITU AKI DARMO,
MEMAN TIDAK ADA DUANYA…

ANGKA GOIB ,SINGAPURE…
ANGKA GOIB ,HONGKONG…
ITU SEMU ANGKA –ANGKA AJAIB AKI DARMO DAN ANGKA BERTUA KAMI SEMUA PENCINTA TOGEL…
ANGKA,GOIB;MALYSYE…
STS…/KUDA LARI,TOTO 4D,5D,6D…
SBH 88…LOTTO 6/45…
MEKNUM 4D/, DA MA CAI 1+3D/, SUPREME TOTO 6/58…MEGA TOTO 6/52
PAWER TOTO 6/55
ANGKA ,GOIB;SIDNEY …
ANGKA,GOIB;TAYWAN …
ANGKA,GOIB;K L…
SEKALI TERAI HAMPIR TIAP HARI MENANG TERUS TERMAKSIH KI …….ATAS ANGKANYA …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online