Sunday 13 March 2011

REHAT OTAK , REHAT MULUT



Entri ke-100 ni nak cerita pasal...cuti sekolah,
Seminggu sekolah bercuti , jadi masa ni lah saya nak merehatkan otak dan mulut sekejap. walaupun minggu ini tetap ada kelas tambahan untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ni. Memang menjadi rutin saya mengajar kelas tambahan ni. Jadi sebelum ke kelas tambahan hari Khamis ni, saya dah tempah tiket , tempah hotel dan tempah kereta sewa untuk bercuti ke Langkawi selama 3 hari 2 malam. Jarang benar saya bercuti di awal tahun ni , tapi ada rezeki lebih sikit . Apa salahnya bercuti sekali sekala. Kebiasaanya saya akan ke Kelantan seperti tahun lepas. Tapi tahun ni nak mkan angin langkawi pula. Kosnya lebih tinggi jika kita pergi bercuti di Tanah Besar ni. Sungguh...kira-kira bajet , rasanya bercuti ke Port Dickson pun tak sampai macam ni harganya. Apa pun saya nak merehatkah otak dan mulut sekejap. Penat...... , saya berfikir dan bercakap dalam satu kelas ada 38 hingga 42 orang. Orang pula tu , kalau mesin ok sikit kot. Jom kita pakat pi Langkawi. InsyaAllah , hujung tahun ni , kalau ada rezeki lebih kita pi Hong Kong pula....

P.S: walaupun tsunami sedang mengganas di Jepun , harap-harap tak berlaku di Langkawi atau di Indonesia.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online