Tuesday, March 8, 2011

PULAU JEREJAK , PENANG

Setiap tahun saya bersama beberapa kaki pancing pasti akan ke Pulau ini untuk melepaskan gian memancing. Trip biasanya dilakukan pada cuti sekolah. Biasalah , kami semua dok kat sekolah dari dulu sampai sekarang. Sampai pencen lah rasanya. Ini kali ketiga kami ke Pulau ini. Memang seronok. Kali pertama...dapat lah dua tiga ekor ikan. Kali ke dua..kami semua pi makan angin sampai ke patang dan kali ke tiga dapat ikan dan yang paling seronok.



Pemandangan di belakang Pulau Jerejak...kalau kat Pantai Seagate tak nampak ...


Walaupun hari tu hujan sangat lebat...kami bertolak dari Kulim , Sungai Petani , dan Kepala Batas. Memang cuaca tak mengizinkan pada awalnya.


Air surut....nampak bakat air

Basah juga kami sebelum sampai ke destinasi pancingan. Plan asal kami nak ke Pulau Rimau..namun keadaan cuaca yang tak menentu..kami batalkan niat asal lalu kami ke Pulau Jerejak ini. Memang seronok...tak dapat ikan pun tak apa. Yang penting dapat lepaskan tekanan kerja kat sekolah. Sesiapa yang nak cuba mancing ke , atau nak bercuti kat Pulau ni ..silakan. Anda pasti tidak rugi... Pulau Jerejak ada lagi dalam perancangan tahunan kami tahun ini......


Kali ke tiga aku dapat ketam....hai memang kaki ketam aku ni.....




Bertolak pulang...tunggu kenderaan air datang ambil

2 Comments:

mabk.abubakar said...

huhu.. kena pie holiday kat saner nie.. hehehe..

Anonymous said...

Saudara mabk.abubakar

Kat sini ada tempat penginapan berbintang-bintang..jerejak resort ...silalah ke pulau ini

anjungsena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online