Saturday 5 March 2011

MENGAJAR ATAU MENGASUH

Melihat entri saya , tentu pembaca semua dapat bezakan frasa ajar dan asuh. Mengajar lebih dekat dengan guru dan mengasuh lebih dekat dengan ibu bapa. Atau kedua-dua farsa itu boleh digunakan untuk guru. Saya menulis mengenai frasa ini kerana , baru-baru ini terdapat orang yag cerdik pandai dalam pendidikan menyarankan sekolah satu sesi yang membolehkan pelajar pulang ke rumah pada pukul 5 petang. Manakala guru-guru perlu bekerja dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Justeru , sekolah boleh dianggap sebagai tempat untuk ' nursery' anak-anak kita kerana mereka akan berada di sekolah sehari suntuk dijaga oleh guru. Sungguh mulia tugas guru kerana menjaga anak kita sehingga kita balik daripada kerja. Ibu bapa tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke pusat transit atau jagaan kanak-kanak kerana sesi persekolahan bermula dari mereka pergi bekerja sehingga mereka balik.

Ironinya di sini , cikgu yang menjadi penjaga anak -anak kita. Jangan bebankan guru dengan tugas-tugas yang tidak termasuk dalam skop kerja mereka. Buatlah kajian dahulu sebelum melaksanakan program yang boleh menmberatkan lagi tugas cikgu. Sekarang pun cikgu selalu balik lewat petang. Bagaimana isteri , suami dan anak-anak cikgu. Hai...kera dihutan disusukan , anak dirumah mati kelaparan.

Kesimpulanya , jangan terus melaksanakan program yang dirancang ikut sesedap hati dan sesedap rasa. Gunakan kasut yang digunakan cikgu-cikgu di sekolah. Kalau kita tidak berada dalam bidang ini , sudah tentu kita sedap bercakap dan sedap mengata. Fikirkanlah...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online