Wednesday 2 March 2011

BUKAN MUDAH II

Melihat tajuk entri saya di atas mungkin anda semua terfikir perkataan tersebut pernah keluar dari mulut anda. Bukan mudah sebenarnya jika kita tidak berada di tempat mereka. Justeru , kali ini saya ingin mnceritakan mengenai bukan mudah buat kali ke dua. Bukan mudah bekerja sebagai seorang guru ni...hari ini persepsi ibu bapa terhadap guru sangatlah rendah. Mungkin dahulu kena denda atau sebat guru , maka sampai ke hari ini masih mendendami guru. Bukan semua guru jahat . Kadang-kadang seekor kerbau bawa lumpur , habis terpalit kepada semua. Hari ini jika kita lihat, akhbar tempatan banyak menyiarkan kisah guru yang tidak bermoral. Baru-baru ini , kisah guru disiplin yang mencabul muridnya, bayangkan murid perempuan yang sudah besar panjang seramai 11 orang tidak tahu untuk berbuat apa sedangkan mereka ramai. Bukan mudah sebenarnya....hari ini kisah seorang bapa nyaris putus kepala kerana dilibas parang guru. Klik sini kalau nak baca cerita bapa tersebut. Jadi bukan mudah sebenarnya jadi guru ini.

Kepada ibu bapa hari ini , anak adalah segala-galanya. Biarpun anak memang sah-sah melakukan kesalahan, ibu bapa tetap mengatakan anak mereka baik. Perkara ini pernah berlaku kepada saya. Tapi , saya faham bahawa hari ini , ibu bapa sangat mengambil berat pasal anak. Bukan seperti zaman dahulu yang cukup berbeza cara menghormati institusi pendidikan. Menjadi kebiasaan , ibu bapa yang lebih cerdik dan pandai akan takut untuk menghantar anak ke sekolah yang mempunayi cikgu yang jahat. Betulkah semua guru di sesebuah sekolah itu jahat? Sudah berpuluh-puluh ribu keluaran sekolah yang berjaya hari ini. Tetapi ibu bapa tidak pernah membuat laporan atau siarkan di akhbar tentang kejayaan guru mengajar anak mereka. Sudah menjadi adat , kalau yang baik kita diamkan , kalau dah jahat..canang satu dunia guru hari ini sudah tidak bermoral. Banyak juga blog yang saya lihat menghentam guru tanpa mendengar atau mengetahui kejadian sebenar. Bukan saya mempertahankan tindkan guru jahat terbabit. Tetapi , kenyataan yang dikeluarkan blogger yang mungkin tidak pernah belajar dengan guru boleh mengguris perasaan hati guru yang baik. Jika kita tidak berada di tempat guru terbabit , usahlah kita mengeluarkan kenyataan seperti itu. Guru tetap orang yang mulia disisi kita. Tanpa mereka , mungkin kita tidak akan berjaya seperti hari ini. Yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan. Tidak semua manusia di dunia ini sempurna.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online