Monday 7 March 2011

BERITA GEMBIRA

Melihat tajuk entri di atas , mungkin semua pernah mendapat berita gembira. Bagi saya, berita gembira pada bulan Mac ialah mengenai rayuan pindaan mata gaji telah diluluskan. Siapa yang tidak gembira setelah permohonan diluluskan. Saya telah mendapat anjakan gaji yang agak banyak setelah menunggu selama dua tahun. Rasanya berbaloi , menunggu dan kesabaran saya selama ini. Suruhanjaya perkhidmatan Pelajaran telah menetapkan gaji Permulaan saya di P1T12 pada tahun 2009. Lantas tahun ini saya memperolehi gaji permulaan pada P1T14. Sebelum ini, gaji permulaan saya pada tahun 2009 ialah P1T8 sahaja. Justeru , anugerah ini sangat saya hargai dan bersyukur dengan pemberian-Nya. Kepada pembaca semua, jika kita bersabar Allah pasti bersama kita. Oleh itu , bersabar dan bertawakallah dalam melakukan sesuatu.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online