Friday 11 March 2011

AL - FATIHAH

Kita sebagai umat Islam sudah tentu membaca surah ini setiap kali solat. Dalam satu hari , kita solat 5 waktu dan dalam solat itu , kita diwajibkan membaca surah Al-Fatihah. Apa yang ingin saya perkatakan di sini mengenai kefahaman kita terhadap ayat tersebut. Ramai orang yang mengetahui makna surah tesebut dan ramai juga yang tidak menambil tahu langsung makna dalam bahasa ibunda kita.

Cuba kita tanya rakan-rakan kita apa maksud surah Al-Fatihah daripada ayat pertama sampai ayat ke tujuh. Jika kita tidak dapat menterjemahkan ayat tersebut , maka kita perlulah mencari kitab terjemahan Al-Quran. Alangkah ruginya kita jika ayat yang hari-hari kita baca , kita tak faham langsung. Baca sahaja dalam sembahyang tapi kita tak tahu maksud surah yang wajib dalam solat.




[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

2 Comments:

ZannaMazlan said...

bagus amalkan surah al-fatihah ni.. thanx 4 info :)

Terkini : Gempa Bumi di Jepun

Anonymous said...

ya, ibu segala surah...dan ibu segala amalan

anjungsena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online