Tuesday 8 February 2011

MANTERA ILMU PENGASIH ( Pengaruh Hindu-Buddha )


Mantera atau mantra berasal daripada amalan ritual Hindu dan Buddha, dalam bentuk nyayian kudus ( hymn ) sebagai alat berfikir dan bersemadi ( meditation ). Tetapi dalam mantera Melayu , ia bukan sahaja merupakan amalan memuji dan memuja dewa bahkan juga merupakan jampi serapah yang bersifat magis.. Melalui tradisi mantera , terpancarlah world-view Melayu yang berasaskan kepercayaan campuran. Justeru , kepercayaan kuasa Allah yang wujud bersama kepercayaan kepada kuasa semangat dewa-dewa Hindu-Buddha merupakan amalan syirik belaka.
Sebab itulah Islam melarang dengan tegas amalan jampi dan mantera ini. Disini, kita akan melihat beberapa contoh mantera Melayu yang mengandungi unsur-unsur kepercayaan yang berbeza tersebut.


1.Mantera Ilmu Pengasih ( Harun Mat Piah )

Hei om pali, Hei Hantu tanah , Jembalang Bumi, Kau pergi mengambil semangat roh ( si anu ), Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, Seperti nasi mendidih. Jika engkau tidak membawanya gila kepada aku, Seperti api yang menyala , nasi yang mendidih, Kusumpah engkau, Derhaka engkau kepada Allah, Bukan dengan kuasa aku, Dengan kuasa Allah.

2. Mantera Ilmu Pengasih ( Haron Daud )

Hai Om Kon, Hai Panah Arjuna, Panah di bumi , bumi tembus, Panah di langit, langit tembus, Panah di gunung , gunung runtuh, Panah di padang , padang terbakar, Panah di laut , laut kering, Panah hati perut ( si anu ), Bawa mari kepada aku.

Begitulah serba sedikit mengenai mantera yang menjadi kepercayaan masyarakat Melayu. Sekiranya ingin mencuba, silakan. Jadi atau tidak itu terletak pada hati. tapi , ingat...Allah maha berkuasa.


2 Comments:

Anonymous said...

si anu tu letak name orang kew...
or biar jew cmtu..

Unknown said...

bagaimana cara melakukannya sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online