Sunday 27 February 2011

IDAMANKU SELEPAS INI

Entri hari ini mengenai motorsikal idamanku selepas ini. Semasa aku belajar dahulu, aku pergi sekolah naik motorsikal RC suzuki. Hari ini motor tu dah jadi bangkai. Entah di mana sisa-sisa kehidupanya pun aku tak tahu. maklumlah , motor orang tua aku punya. Motor tu rasanya macam nilah:

Apabila aku masuk belajar kat Maktab perguruan, aku guna motorsikal yang baik sikit. Maklumlah nak pergi buat praktikum , lagipun elaun RM345 sebulan tak cukup. Semuanya kena berjimat kerana nak jaga motor ni. Orang tua aku beli bagi motor KRISS Modenas, bayar bulan-bulan sehingga aku habis buat diploma. Seronok dapat motor baru dan motor ini aku guna daripada aku posting sampai tahun 2009. Lagu ni lah motor aku yang banyak berjasa kepada tuanya. Dah banyak kali berulang alik dari Klang ke Alor Setar. Dasyat.....tu.Lebih kurang macam nilah..tapi motor aku keluaran pertama modenass.
Pada tahun lepas , aku hantar motor Kriss aku balik kampung. Adik aku nak guna. Bagilah dia guna pula. Dia nak guna motor tu pergi belajar. Ganti tempat aku sebagai tuan baru. Sudahnya aku beli motor baru. Haaa...inilah motor baru aku beli. Setelah diracun oleh seorang kawan, aku pun terpengaruh. SYM 200cc menjadi milikku , aku ni bukan biasa bawa skuter ni. Tapi bila dah bawa , nikmat tak terkata. seronok aku berulang alik ke tempat kerja. Sehari jauh perjalanan tempat kerja 110Km. Penat juga kalau aku naik Kriss aku dulu tu. Haaa...inilah motor yang aku guna sekarang. Harganya murah sahaja. Kalau Tunai RM9200 sahaja. Hutang dalam RM10000 lebih-lebih sahaja. Kelihatan disebelah SYM ada lagi Kriss aku masa tu. Setelah merasa naik motor yang boleh dikatakan laju la juga. Aku mula berminat dalam dunia motorsikal ni. Terasa motor aku dah tidak berapa laju lagi. Jadi aku bercadang nak tukar motor ni la pulak.Kalau dapat Honda CBR 250 ni aku kira dah ok dah. Tapi.....

Aku masih mengidam motor ini sebenarnya, tahun ni aku kena pergi ambil lesen B penuh kalau nak bawa motor ni. Haaa....selepas ni aku sasarkan motor ini pula menggantikan SYM 200 cc aku. Tapi harga dia boleh tahan...sebuah kereta VIVA atau My Vi. Kalau dah minat..apa salahnya kan?
Inilah motorsikal Kawasaki Er6f...11. Kalau nak tahu harganya , klik sini

2 Comments:

zul permatang badak said...

kalau berkenan beli aje...

Anonymous said...

En Zul
Saya memang nak beli ....


anjungsena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online