Monday 7 February 2011

Doktor PJJ dan sakit Mata

Hari ini setelah 4 hari bertahan akibat sakit mata akhirnya saya ke klinik untuk menerima rawatan. Bagi anda yang ingin tahu apakah sakit mata dan doktor PJJ ada kaitan. Ya, sememangya ada kaitan. tapi sebelum tu , saya terangkan sedikit mengenai sakit mata yang saya alami.

"DOKTOR MATA SAYA MERAH”

“Dotor mata saya merah , bertahi mata bila bangun pagi dan melekat. Susah nak buka mata, berair mata” itulah adalah aduan saya bila berjumpa doktor.

Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis)

Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.

Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa kita telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?

Sakit mata yang berjangkit biasanya:

  • bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata
  • mata terasa gatal
  • menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata
  • mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.

Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).

Itu serba sedikit mengenai penyakit yang saya alami. Apa kaitanya dengan doktor PJJ. Begini ceritanya, apabila saya masuk ke dalam bilik tanpa disuruh saya terus duduk. Seorang doktor perempuan bertanya saya, sakit apa encik. Lalu saya berkata , sakit mata. Doktor menyuruh saya mengangkat kelopak mata atas dan bawah. Kemudian saya memberitahu lagi bahawa badan saya sakit , kepala pening dan rasa macam nak demam. Saya lihat , doktor menaip di komputernya. Tanpa memeriksa tekanan darah dan menyentuh saya , doktor pun berkata. Ok , encik itu saja. Bekerja di mana? lantas saya menjawab, mengajar. Oh....begitu mudahnya menjadi doktor fikir saya. tanpa memeriksa saya pun doktor dapat mengetahui tentang penyakit saya. Kalau saya tahu dah tentu saya pergi sahaja ke farmasi membeli ubat sakit mata dan ubat demam yang lain. Haaa...kepada pembaca semua..senangkan jadi doktor PJJ . Saya ambik ubat dan bayar RM31 dan balik dengan hati yang terbakar..esok ( Isnin ) cuti satu hari sebab mata tak berapa sihat lagi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online