Wednesday 23 February 2011

BUKAN MUDAH

Bukan semua guru dan bakal guru Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) atau Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) tidak ada kualiti mengajar.


Mereka ini ada antaranya sudah banyak pengalaman mengajar.

Apa yang hendak dikhuatirkan terhadap guru lepasan maktab atau universiti yang mengambil jurusan pendidikan? Mereka sudah pun mempunyai tempat untuk mengajar di seluruh pelosok tanah air kita.


Cuma hanya menunggu surat penempatan saja. Bersyukurlah.


Sedangkan bakal guru KPLI dan DPLI ini bermati-matian mengejar impian menjadi pendidik terutamanya yang betul-betul berminat.

"Tidak bermakna empat atau lima tahun pengajian yang anda ikuti sudah melengkapkan anda dengan segala ilmu dan kemahiran mengajar yang betul-betul".


Kenyataan beberpa orang penulis dalam harian metro baru-baru ini . Bagi saya kenyataan ini menunjukkan betapa tingginya sikap prejudis beliau terhadap guru yang membuat ijazah selama 4 tahun dalam bidang pendidikan.


Entri saya pada kali ini ingin memperkatakan tentang bukan mudah dengan hanya berkata-kata tanpa kita melaluinya. Baru-baru ini saya ada membaca emel dalam ruangan akhbar Harian Metro berkaitan ketidakpuasan hati siswazah-siswazah diluar sana yang memohon ingin menjadi guru. Jika anda ingin berita penuh sila klik sini. Penulis tersebut cuba membandingkan ijazah yang diperolehi dengan ijazah pendidikan rakan-rakanya yang lain. Bercakap atau menulis memang senang tetapi bukan mudah untuk melaksanakan. Usah membandingkan ijazah dalam bidang kedoktoran atau kejuruteraan atau kefarmasian dengan ijazah dalam bidang pendidikan. Saya berpendapat , ijazah yang diperolehi tetap berbeza dan pengalaman juga berbeza. Jadi jika bukan rezeki anda untuk menjadi seorang guru , jangan salahkan mereka yang belajar dalam bidang yang mereka pilih.

Pengalaman saya sendiri sebagai seorang guru yang bertugas lebih daripada 10 tahun tetap mengatakan bukan mudah menjadi seorang guru. Kita belajar di Universiti dan maktab perguruan hanyalah dalam 30% sahaja untuk menjadi guru. Selebihnya pengalaman akan datang sendiri. Justeru , bayangkan bagi yang mengambil ijazah pendidikan berbanding yang membuat dalam bidang kejuruteraan. Adakah mereka berbeza dari pengalaman. Sudah tentu , kerana semasa di Universiti dan Maktab perguruan kita dipupuk untuk meminati kerjaya perguruan. Jika niat asal kita bukan menjadi seorang guru , pasti suatu hari kita akan menyesal berada dalam bidang pendidikan. Tambahan pula bebanan guru semakin hari semakin bertambah. Sudahlah berhadapan dengan 42 orng dalam sebuah kelas, cuba anda bayangkan untuk berhadapan dengan manusia yang berbagai karenah. Bukan mudah bukan?

Justeru , saya yang pernah melalui detik berada di Maktab Perguruan , berada di Universiti tetap beranggapan bahawa , tiada jalan pintas untuk menjadi seorang guru. Janganlah kerana kita tidak mendapat hajat asal dalam kerjaya yang lain, akhirnya kita terjerumus ke lembah perguruan. Jika kita berjaya memupuk minat sudah tentu kita akan berjaya berbanding mereka yang sememanagnya keluar dengan segulung ijazah pendidikan , tetapi jiwa mereka tidak diserapi jiwa seorang pendidik tulen untuk berjaya.

Kalaulah begini keadaanya ,
sudah tentu beliau berminat menjadi guru. Tapi apakan daya , bidang ini perlu kita bersaing untuk mendapatkanya. Kerana apa? kerana ramai lepasan Universiti ingin menjadi guru. Saya sendiri tidak pasti apakah alasan mereka untuk menjadi guru. Oleh itu , bakal guru semua , jangan mudah keluarkan kenyataan sebelum anda sendiri menempuh alam pendidikan tersebut.

1 Comment:

Liz said...

alhamdulillah..liz setuju apa yang cikgu katakan...memang bukan senang jadi pendidik pada zaman sekarang...bukan hanya bukti segulung ijazah kita sudah bertitle guru...tapi yang penting kita benar2 iklas dan nawaitu bersedia menjadi pendidik yang innovative dan creative.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online