Friday 11 February 2011

BERSELAWAT


Dari segi bahasa bermakna doa, rahmat daripada Allah , memberi berkat dan ibadah.
Dari segi syarak: mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.

Kelebihan Berselawat

  1. Ia merupakan salah satu amalan paling utama.
  2. Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
  3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syaafat Nabi SAW.
  4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir
  5. Selamat daripada huru-hara hari kiamat
  6. Menjadi penyebab hajat , doa dan amalan baik diterima Allah.
  7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
  8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
  9. Dikasihi oleh nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak.
  10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat

Marilah kita berselawat kerana banyak kelebihanya.

2 Comments:

Tulip said...

"indahnya hidup bersyariat" insyaAllah..akan saya milikinya nanti..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Tulip..
banyak faedah buku tersebut sila dapatkanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online