Wednesday 9 February 2011

BAYAR SAMAN EKOR.

Saman kedua 02/04/2007



Melihat tajuk entri saya di atas , sudah pasti kita biasa mendengar tentang saman. Pihak berkuasa menjalankan tanggugjawab dengan baik sekali. Saya kira ekor yang ini sangat tak sedap didengar oleh semua pengguna jalan raya di Malaysia. Tapi kalau sebut pasal sup ekor , wah...melompat-lompat dibuatnya. Apa pun , saman tetap kena bayar walaupun kita tidak puas hati. Mengapa saya berkata demikian. Pada 28 Februari ni dikatakan tarikh akhir bagi orang ramai untuk menjelaskan yuran saman ekor anda. Jika kita gagal membayar denda tersebut, lagi la susah sebab cukai jalan kereta tak dapat dihidupkan. Malah kita juga diberikan diskaun sehingga 50 peratus. Ingat kat shoping komplek saja ka yang ada sale. Saman ekor pun ada sale juga.

Berkenaan saman yang saya bayar ini , bukanlah keslahan yang saya lakukan. Biasalah , kereta saya punya, orang lain yang bawa. Kiranya , saya ni masih bersih dari saman polis apabila memandu kereta. Selama tujuh tahun tinggal di Klang dan berulang alik ke Utara tanah air , belum pernah kena saman. Tup-tup , balik ja kat Utara , kena pula saman ni. Heran bin ajaib. Tapi bukan saya yang bawa kereta.

Kepada pembaca semua, kiranya masih ada saman ekoq , jangan lupa melunaskan denda tersebut. Kalau tak puas hati juga , pergi balai polis dan bawa berbincang. Moralnya , ikut peraturan. kalau ditulis kat situ 60Km sejam , jangan pula pandu 120km sejam. walaupun jalan kosong dan kereta anda kereta Mercedes . Saman tetap saman. Jadi jom pi bayar saman.



Saman pertama 13/01/2007

2 Comments:

Putera Katak said...

erg...aku paling x suka kena saman mcm nih...haishh

http://tentuluran.blogspot.com

Anonymous said...

Azmil:
Nak buat macam mana, walaupun bukan kita yang pandu kereta itu..nama kereta itu kita yang punya...tambah-tambah yang bawa mem kita..aduhhhh...

http://anjungsena.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online