Thursday 24 February 2011

BAYAR ATAU SENARAI HITAM


Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan bahawa tarikh akhir bayaran saman ialah 28 Februari 2011. Laporan sebelum ini menyatakan bahawa , diskaun 50% diberikan kepada pesalah.

Lebih 18 juta saman tertunggak dicatatkan oleh tiga agensi penguat kuasa kesalahan lalu lintas iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam tempoh 2000 hingga 2009. Ingin berita penuh sila klik sini. Justeru , entri saya sebelum ini telah memaklumkan kepada pembaca semua bahawa saman perlu dibayar sehingga 28 Februari sememangnya benar. Jika sebelum ini ramai yang meyatakan pihak berkuasa akan melanjutkan tempoh berdasarkan tanggapan dan agakkan masing-masing. Oleh itu , apa lagi yang kita tunggu jika kita masih ada saman yang belum dibayar. Atau sememangnya kita terpaksa biarkan dahulu kereta kita tersadai di garaj rumah sehingga kita mampu membayar tunggakan saman kita . Justeru , marilah kita beramai-ramai membayar saman sebelum kita disenarai hitam pihak berkuasa.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online