Saturday 15 January 2011

SASTERA INTERLOCK ? POLITIK PENDIDIKAN

Melihat entri saya di atas politik pendidikan sentiasa menjadi isu panas. Tahun ini..kita dikejutkan dengan politik pendidikan berkaitan sebuah novel yang menjadi bacaan pelajar tingkatan 5 untuk mata pelajaran sastera. Seingat saya yang mengambil mata pelajaran sastera pada tingkatan 5 dan tingkatan 6 dahulu tak pernah pun berlaku perkara sebegini. Masih ingat lagi novel Rimba Harapan , Kg Ketari di Janda Baik, Pahang..dan nilai-nilai yang diterapkan dalam novel tersebut...memang seronok belajar sastera walaupun dianggap pelajar kelas tiga. Dan , penulis pernah ke tempat yang diceritakan dalam novel tersebut mengikuti KEM BIRO TATANEGARA di Kem Janda Baik..memang seperti yang ditulis dalam novel tersebut. Penulis juga ingat, mengenai Hikayat Hang Tuah yang sangat tebal diusung ke merata tempat supaya habis membacanya. Banyak perkara yang dinyatakan dalam Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu dan juga hikayat Panji Semerang, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Seterusnya penulis belajar yang paling terkesan adalah Novel SALAH ASUHAN berulang kali membacanya walaupun penulisnya dari tanah seberang.
Mengapakah saya mengatakan belajar sastera seronok berbanding mereka yang tidak mahu langsung membaca buku sasterawan negara yang dijadikan teks untuk peperiksaan. Melalui sastera , nilai murni diterapkan melalui penceritaan, perwatakan dan persoalan-persoalan yang terdapat di dalamnya. Justeru, pelajar sastera boleh diakatakan orang yang kritis dalam pemikiran mereka. Tidak dinafikan, setelah istilah 60:40 diperkenalkan maka bidang sastera semakin terpinggir. Bukan mengambil matapelajaran sastera untuk menjadi sasterawan. Di sini berlaku kesilapan ibu bapa sekarang yang menganggap apabila anak mereka masuk aliran sastera, maka peluang anaknya untuk berjaya dalam kerjaya dan kehidupan musnah. Mereka tidak melihat melalui sastera , penerapan nilai murni berlaku. Masalah orang Malaysia yang malas membaca menjadikan matapelajaran sastera sebagai kambing hitam. Percayalah, melalui pembacaan minda seseorang akan berkembang dan terbuka. Masalahnya sekarang, ramai yang menjadi tokoh politik yang berkelulusan Dr. aliran 'sains stream' yang tak mahu langsung membaca novel sasterawan negara. Tetapi , bijak dan pandai apabila memberi ulasan berkaitan novel tersebut.
Sekiranya kita inginkan penerapan nilai-nilai murni yang diajar dalam Bahasa Melayu tahun 6, soalan ulasan dalam PMR , dan kajian Novel dalam SPM menusuk kalbu anak-anak bangsa Malaysia..maka kita perlu memberi penghormatan yang sewajarnya terhadap mata pelajaran Sastera dan juga Sejarah. Jangan perjudikan dan politikkan pendidikan di Malaysia.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online