Monday 26 April 2010

CIKGU PUN MANUSIA....

Semakin hari...semakin banyak dugaan yang menimpa para guru. Begitu juga dengan orang lain yang bukan bergelar guru. Semakin pantas masa berlalu, semakin banyak dugaan yang perlu kita hadapi. Melihat entri saya di atas, terdapat beberapa kejadian yang melibatkan guru, cikgu, ustaz, ustazah dan semua golongan pendidik. Semakin dekat bulan Mei menghampiri kita, semakin banyak kedengaran kisah-kisah hangat melibatkan cikgu. Biarpun sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2010 belum sampai...kisah-kisah sensasi melibatkan guru dibongkar akhbar-akhbar tempatan. Agaknya, kisah guru dan cerita sensasi dapat melariskan jualan akhbar.
Pada bulan Mac dan April sahaja, kisah berkaitan guru banyak dipaparka dalam akhbar. Antaranya, ustazah ditangkap khalwat, guru bersama isteri orang, Ustaz ditangkap berkhalwat, guru ditampar , guru naik angin, guru edar dadah, guru edar ganja dan sebagainya. Perkara-perkara ini sememangnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kenapa? sudah tentu tajuk entri saya ada kaitan dengan semua orang. Biasalah....kita semua manusia. Akan diuji oleh yang maha kuasa. Tetapi , yang menjadi perhatian kerana jawatan yang kita pegang. Sudah tentu, dalam satu tandan kelapa, tak semuanya yang elok. Malahan dalam sebuah kelas, tak semuanya akan berjaya. begitu juga dengan cikgu dan pendidik. Bukan semuanya bernasib baik kerana ustaz , ustazah pun manusia. Tiada sesiapa pun yang akan terlepas daripada dugaan Allah. Justeru, kepada yanh bukan cikgu , jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Banyak kejayaan yang cikgu lakarkan. Namun, tak ada surat khabar yang nak memuji tentang kejayaan guru.
Cikgu pun manusia. Sebelum 16 Mei menjelma , penulis tetap menganggap semua guru yang mendidik penulis adalah yang terbaik di dunia dan akhirat. Penulis mendoakan semoga guru-guru yang mendidik penulis sihat dan mampu meneruskan kerja mulia mereka. Terima kasih cikgu...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online