Friday 11 December 2009

TERBEBAN ATAU DIBEBAN

Melihat entri di atas , sudah tentu kita semua pernah melalui perkataan tersebut. Tidak kira apa pun pekerjaan kita sudah tentu kita semua melaluinya. Cuma , bagaimana kita menangani masalah bebanan tersebut. Justeru melalui laman ini, saya ingin kongsi pengalaman terbeban atau dibeban dalam bidang perguruan atau pendidikan.

Sebagai guru dan ramai lagi pengajar di luar sana tidak kira daripada peringkat Pra Sekolah hinggalah ke Peringkat Doktor Falsafah di Universiti kita semestinya terbeban dan dibeban. Setiap murid adalah bebanan kepada kita. cuba bayangkan bebanan yang akan ditanggung oleh guru sekolah yang kelasnya dipenuhi 42 orang murid. Sudah tentu 42 bebanan yang ditanggung. Ini adalah bebanan biasa kepada guru kerana murid adalah tanggungjawab guru. Bebanan ini adalah amanah yang perlu dijaga sehingga bebanan ini akhirnya berjaya dan berguna kepada bangsa dan agama.

Namun begitu, kepada pembaca yang belum menjadi guru dan berniat menjadi guru , anda baca lah enti ini dengan kritis. Selepas itu buat penilaian dan amati betul-betul , perlukah aku menanggung bebanan sehingga terbeban. Sudah berkali-kali kita mendengar , guru dibebankan dengan kerja-kerja perkeranian di sekolah. Guru perlu mengisi borang, perlu menyediakan PLBS , perlu menyediakan Headcount, perlu mengisi kad 001, perlu menerajui Panitia, perlu menyediakan laporan itu dan laporan ini, perlu mengambil kedatangan murid dan berbagai-bagai lagi yang perlu guru lakukan. Ya, itu memang kerja guru. Jika ada guru di Malaysia yang tidak pernah melakukan kerja yang saya nyatakan , maka guru itu bukanlah seorang guru yang sebenarya. Setelah tamat latihan perguruan , kita dipostingkan ke sekolah.. justeru bersedialah melakukan kerja-kerja tersebut. Mengapa penulis berkata demikian?

Sudah menjadi kelaziman guru melakukan perkara tersebut. Namun yang menjadi terbeban dengan kerja-kerja mengisi borang adalah kerana tiada perancangan dan guru yang sama sahaja melakukan perkara tersebut. Saya percaya, setiap sekolah mempunyai guru dan murid yang seimbang. Sekiranya jumlah murid di sebuah sekolah berjumlah 1200 orang suah pasti guru sekolah menjangkau 70 atau 80 orang. Nah..jumlah ini memang mencukupi bagi menjalankan kerja-kerja yang dikatakan perkeranian. Tetapi jika diamati kerja-kerja mengisi borang dan lain-lain lagi dilakukan oleh guru yang sama. Sudah tentu kerja tadi menjadi bebanan dan terbeban kepada guru tersebut. Cuba kita bayangkan ada guru yang langsung tiada jawatan berat di sekolah berbanding guru yang dibebankan dengan kerja pengajaran dan kerja perkeranian.

Cuba kita lihat, kepada guru-guru yang tidak diberi kelas seperti guru Pendidikan Islam , Guru Bahasa Inggeris dan Guru mata pelajaran yang lain. Guru-guru ini kebanyakkan tidak pernah memegang kelas kerana dasar ini telah berlaku sejak sekian lama. Mungkin guru-guru agama dan guru BI mengajar waktu lebih banyak daripada guru mata pelajaran lain sehinggakan untuk memegang kelas tidak boleh diberi kepada mereka. Tambahan pula kerja dalam bidang HEM, Kurikulum dan Ko-kurikulum juga tidak dibebankan kepada mereka. Mungkin kerana mereka perlu menjayakan aktiviti panitia mereka berbanding guru-guru mata pelajaran lain. Saya membayangkan jumlah guru yang ramai tetapi kerja -kerja dibebankan kepada guru BM, MAT, SAINS , MUZIK DLL. Ini lah perkara yang perlu pentadbir perbetulkan. Kerja harus diagihkan secara saksama memandangkan pengalaman adalah penting pada masa hadapan.

Selain itu, kepada guru baru seperti penulis, tidak perlulah kita menolak jawatan yang diberikan kepada kita. Namun begitu, kita juga punya hak untuk bersuara sekiranya kita sahaja yang dibebankan dengan tugas yang banyak. Duduk berbincang dengan pentadbir untuk menyelesaikan perkara tersebut. Pengalaman yang kita peroleh semasa menjadi guru amat penting kerana semasa menjadi pentadbir kita pernah melalui semua perkara yang saya nyatakan tadi. Jika kita menolak jawatan yang diberi, kita rugi dengan pengalaman. Justeru itu, kenyataan Pengarah Pelajaran bahawa guru baru harus mengambil pengalaman semasa bertugas adalah perkara yang perlu kita jadikan ingatan.

Terbeban atau dibeban memang tugas guru. Namun , perkara itu dapat diselesaikan dengan membuat kajian terlebih dahlu. Usah kita menyalahkan sistem yang kita laksanakan tanpa membuat kajian. Ingin saya bertanya...adakah anda sebagai seorang guru akan ke sekolah membawa buku P&P , masuk kelas dan mengajar sahaja?Adakah anda ingin ke sekolah tanpa adanya aktiviti kokurikulum? Adakah anda ingin ke sekolah tanpa perlu mengisi markah peperiksaan? Adakah anda mahu ke sekolah tanpa perlu melakukan apa-apa selain mengajar sahaja? Justeru, polemik guru dibebankan dengan tugas perkeranian adalah perkara biasa, cuma kita perlu mengurangkan bebanan tersebut agar tugas utama sebagai guru iaitu mengajar dapat dilakukan dengan baik. Penulis mohon maaf sekiranya terdapat perkara yang boleh menyinggung perasaan guru yang membaca, tetapi inilah realiti yang penulis alami setelah mengajar di dua sekolah dan di dua buah negeri yang berbeza. Ungkapan keramat guru." "Terima Kasih Cikgu"

4 Comments:

benuasuluk said...

salam maal hijrah dan selamat tahun baru bang aji.

Cikgu Yus said...

SALAM ABG ZABRI..
iskh3.. sapa kata cikgu BI x kena pegang kelas..salah tu.. yoni pnh ngajar kat sekolah cina chung hwa sik, kena jd guru kelas.. siap tempek nama dlm BM sbb nama depa dlm bahasa cina. then trnsfer p Nilai, 5thn, pun kena jd guru kelas gak. dgn pegang kelas thn 6, 2kelas (kelas 1st dan yg last..) tuition sekolah waktu mlm wajib attend..huhuhu..pokonyer.. mmg keja cikgu mcm nie.yg penting, kena plan elok2 masa kita supaya x kelam kabut dan mengabaikan t/jwb kita di rumah sbg ibu dan baa kpd anak2 kita yg juga AMANAH allah..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Tu salah sekolah kot....tapi besa-besa dok tengok guru BI tak pegang kelas sebab BI kan kritikal..banyak kelas nak ngajar. Apa pun tu la tugas cikgu...

TAK SETUJU said...

Artikel anda ini cuma valid di sekolah anda. di sekolah saya artikel anda ini mengarut.

Siapa kata ustaz tak pegang kelas? Siapa kata cikgu yang ajar subjek-subjek tertentu tak pegang kelas.

MENGARUT! Maaf, ini kebenaran yang saya nyatakan. Artikel atau entri anda ini cuma sah di sekolah anda sahaja, tapi bukan di sekolah lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online