Tuesday 24 November 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN ATAU SJKC ?

Selepas keputusan UPSR diumumkan baru-baru ini , berbagai polemik tentang keputusan keluar dari mulut orang ramai. Begitu juga pak-pak menteri di parlimen dan pak-pak menteri di kedai kopi. Apa yang pasti, keputusan dah diumumkan. muktamad tiada lagi perubahan walaupun terdapat keraguan di empat buah sekolah di Sabah. Apa yang ingin penulis ingin perkatakan di sini Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan yang lebih baik?



Jika kita tengok surat khabar beberapa hari ni, banyak pihak mengatakan kita perlu meniru cara sekolah Cina dalam mencapai keputusan peperiksaan. Bagi penulis , mungkin ada kebenaranya pernyataan tersebut. Di sini sebagai seorang guru , penulis cuba membandingkan apa yang penulis dengar melalui kawan-kawan yang mengajar di SJKC sewaktu berada di Pelabuhan Klang dan Pandamaran dahulu.



SK dan SJKC sangat-sangat berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sekolah Cina sangat mementingkan akademik. Buku latihan usah dibandingkan dengan SK, seminggu sahaja buku latihan pasti habis. Berbanding SK , jika diberi latihan yang banyak, maka ibu bapa akan memarahi guru. Ini realiti kerana pengalaman ini berlaku kepada saya. SJKC kebiasaanya memberi latihan yang banyak kepada murid, terutama dalam Matematik dan Sains. Kerana apa? SJKC lebih mementingkan kurikulum berbanding kokurikulum.Apa yang mereka tahu ialah belajar, belajar dan belajar lagi.

Walaupun begitu, saya tetap dengan pendirian saya yang SK lebih bagus dan hebat daripada SJKC. Hal ini kerana SK melaksanakan dasar yang diinginkan oleh kerajaan ataupun Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, SJKC menggunakan Bahasa Ibunda mereka dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Malahan SJKC lah yang menentang sekeras-kerasnya dasar PPSMI berbanding SK. Justeru, adakah SK lebih hebat kerana menggunakan Bahasa Inggeris? Selain itu, kita tidak pernah dengar murid-murid SJKC yang bijak-bijak akan ke SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN apabila memasuki alam persekolahan SMK. Mereka akan ke SMJKC kerana apa? kerana mereka sukar untuk mengikuti mata pelajaran dalam BM dan BI. Yang pergi ke SMK harian terdiri dari kalangan murid-murid yang lemah dan perlu ke kelas peralihan. Justeru, bagaimanakah boleh dikatakan SJKC lebih hebat dan bagus dalam pendidikan?

Penulis yang berada di SK saban tahun sibuk dengan aktiviti kokurikulum , sepanjang tahun ada saja pertandingan yang perlu disertai. Malahan guru SK sangat sibuk dengan pertandingan - pertandingan yang dianjurkan sendiri oleh KPM kerana kita hendak memperolehi pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi , rohani dan intelek. SK benar-benar mengikut Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Maka denga itu, SK sangat-sangat sibuk dalam bidang selain akademik. Berbeza dengan SJKC, peringkat MSSM , pasukan bola sepak bawah 12, 15 dan 18 yang menjuarai terdiri daripada murid-murid SK. Saiapakah yang emlatih murid-murid ini sedari peringkat sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan? Begitu juga sukan yang lain, sehinggakan jarang kita dengar SJKC menjadi johan dalam pidato piala diraja dan sebagainya. Justeru, sekalin lagi penulis tetap mengatakan SK lebih hebat dalam melaksanakan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. SJKC hanya mementingkan akademik, justeru keputusan peperiksaan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan mereka lebih hebat. Kita perlu akui ini semua kerana terdapat SJKC yang mempunyai dana sehingga berjuta ringgit berbanding SK yang mengharapkan bantuan kerajaan. Lagipun , jarang-jarang kita dengar SJKC berada dalam hutan atau perlu meredah sungai. Adakah SJKC seperti ini? berbanding SK yang sememangnya berada di ceruk-ceruk kampung.

Kita juga perlu melihat bagaimana pentadbiran SK dan SJKC sebelum mengeluarkan kenyataan yang sememangnya mengguris hati guru-guru SK. Saya belum pernah jumpa atau mendengar guru yang terdiri daripada bangsa lain yang menjadi Guru Besar di SJKC. Hal ini berbeza dengan SK bilamana kita boleh melihat berlambak-lambak guru terdiri daripada kaum Cina , India dan lain-lain menjadi pentadbir. Justeru, saya tetap mengatakan bahawa SK adalah yang terbaik dalam memupuk perpaduan.

Biar apa yang orang berkata mengenai SK , membandingkan SK dan SJKC atau SJKT adalah tidak adil kepada mereka yang terlibat. Apa-apa pun kita perlu selidiki dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan. Jika benar apa yang dikata , saya pohom maaaf kepada mereka yang memang mahir dalam bidang pendidikan berbanding penulis yang baru mula nak kenal dunia pendidikan ini.

2 Comments:

Anonymous said...

sangat setuju dengan pendapat penulis.

Anonymous said...

Tidak begitu setuju. Saya pun sekolah kat SJK(c). Bagus-bagus je kat sana. Lepas tu, ramai yang lulus dalam BM dan BI. Ada yang dapat A.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online