Thursday 9 July 2009

PPSMI DIMANSUHKAN????

Saya dan beberpa rakan lain menunggu keputusan yang diumumkan mengenai PPSMI. Saya rasa semua umat manusia Malaysia menunggu keputusan rasmi kerajaan. Ada yang berkata, " tak mansuh punya" , ada yang berkata , " mansuh tapi separuh". Mungkin ada sesetengah guru PPSMI berasa gembira dengan berita semalam. Kenapa? Masih lagi dapat elaun etems sampai 2012. Ada guru yang gembira kerana mudah mereka apabila mengajar dalam bahasa Ibunda. Manakala, bagi saya yang mendengar berita itu tidak berapa gembira. Kenapa???

Mengapakah pelaksanaan masih diteruskan sehingga 2012? PPSMI boleh dimansuhkan tahun hadapan. Tidak perlu melihat pelajar tahun 4 dan 5 yang akan menjadi mangsa. Cukuplah pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR tahun ini dan pelajar SPM tahun ini. Itu fikiran saya pada peringkat awalnya. Selain itu, PPSMI diteruskan lah. Bukan dimansuhkan. Bagi saya, bidang pendidikan sebenarnya tidak perlu diletakkan di tangan orang politik. Orang politik hanya tahu membahaskan perkara ini di Parlimen. Yang membuat dasar, biarlah dari mereka yang cerdik pandai dalam bidang pendidikan.

Selain itu juga saya melihat perkara ini bukan kemenangan bagi pihak yang memperjuangkan bahasa ibunda. Kita harus melihat kepada penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang. Jangan hanya dalam PPSMI sahaja yang menjadikan PENA atau GAPENA berani bersuara dan berjuang. Malahan mereka perlu sedar Bahasa Melayu semakin terpinggir dalam banyak hal.

Sebagai kesimpulanya, PPSMI belum dimansuhkan. Masih lagi diajar di sekolah. Ada yang gembira dan ada yang berduka dengan keputusan ini terutamanya tun.....menegak benang yang basah????

2 Comments:

lintah said...

salam bri sahabatku...
aku punya pendirian yang utuh dan sama seperti apa yang hang katakan.

aku melihat ini adalah mainan politik pihak tertentu. kalau mereka benar2 ikhlas untuk perjuangkan bahasa melayu... dengan kuasa yang depa ada...2010 dah boleh ansur dilaksanakan. tak perlu terhegeh2 tunggu 2012.

berapa ramai lagi anak bangsa kita yang perlu dikambing hitamkan dengan PPSMI? aku tak akan maafkan depa ni jika anak-anak aku ketinggalan dalam sains dan math jika PPSMI penyebabnya.

cukuplah dengan "salah besar" yang lalu... jangan diteruskan hingga 2012. kembali ke pangkal jalan dengan segera.

kenapa 2012?
mungkin juga keputusan ini untuk memancing undi PRU13.

mungkin juga "kontrak" dengan pembekal belum tamat.

mungkin juga buku teks tak sempat siap.

mungkin juga takut cikgu PPSMI mengamuk sebab kena tarik balik elaun.

mungkin...

mungkin... dan mungkin segalanya..

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam Ket...
Berdasarkan apa yang aku lihat dan baca..PPSMI tak akan dimansuhkan..kenapa aku berkata sedemikian..

Kalau nak hapus..kenapa tunggu 2012. Jadikan pelajar tahun ini yang terakhir sebagai mangsa PPSMI. Sebenarnya , kita pun tahu ini adalah permainan politik pihak tertentu...tak payah buat penerangan pun orang tahu..
Apa pun ada orang yang tidak berpuas hati dengan pemansuhan PPSMi ini..
aku pun tak berkenan dengan cara pemansuhan ni...nak mansuh , mansuh saja, kan senang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online