Wednesday, March 11, 2009

JASA BAHASA




Sebarkanlah kalimah itu keserata alam
biar menjadi pautan seluruh umat hari ini
walau tidak bergerak di landasan adab sopan Melayu
asal hati yang hitam itu ketawa
menyesatkan hati-hati putih segala

Bapa-bapa yang bertakhta di atas sana
pandanglah anak-anak di bawah naunganmu
bapa-bapa yang penuh ilmu di dada
lihatlah anak-anak di jajahan mu
mana hilangnya lingua bahasa kita;
setelah lidah dikeraskan dengan hati
walau terpaksa korbankan jati diri.

Bapa-bapa yang banyak ilmu tuhan
ingatlah, tutur katamu menjadi ikutan
gerak gerimu sentiasa dipandang;
suburkan jati diri anak bangsamu
dengan bahasa yang indah
bagai menabur benih sebiji
tumbuh padi sebendang

Harga emas pada nilainya
harga diri manusia pada bahasa
rosak bahasa, binasalah bangsa.


Putera Zainol Abidin
Pokok Sena

2 Comments:

Anonymous said...

anda sepatutnya melibatkan diri bersama GMP atau menyokong PPSMI yang sedang bergerak sekarang.

-azizi abdullah

ANJUNGSENA said...

Salam Pak Azizi

Saya sebenarnya terikat dengan etika perkhidmtana wam. Bukan tak mau melibatkan diri. saya sebenarnya meyokong perjuangan ahli bahasa. ramai antara kami cikgu-cikgu tak bersetuju tapi, diberi amaran supaya tidak mengeluarkan kenyataan tentang PPSMI. bagi saya pak Azizi , orang yang lebih tahu macam kami ni tak diberi peluang menjelaskan keadaan. terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online