Wednesday, March 11, 2009

Bahasaku dan Melayuku

Bahasaku itu rupanya indah
dari susur galur Melayuku
terus berakar selamanya
akan kujunjung di persada jiwa
mekar di sampingku.

Tapi Melayuku itu malu
sewaktu melontar frasa bunyi bahasaku
bangga merosak budaya dan kata Melayu
takbur meruntun jiwa dan hati Melayu
lupa membuka baju yang membaluti dada Melayu
terserlah keegoan serta kejumudan
tentang bahasaku juga Melayuku.

Teruskanlah mengintai Bahasaku
agar Melayuku terus kekal berakar
di hati dan minda Melayuku yang akan datang
harap berbangga dengan bahasaku dan Melayuku!


ZABRI ZAINOL ABIDIN
Anjung Sena, Kulim Hi-Tech.

2 Comments:

Anonymous said...

orang seperti andalah yang diperlukan oleh Gerakan Memansuh Pembelajaran Pelajaran Matametik dan Sains dalam bahasa Inggeris atau PPSMI. tapi sayang orang melayu masih menunjuk tidak cintanya kepada bahasa sendiri.

-azizi

ANJUNGSENA said...

Pak Azizi

Saya sedih dengan orang KITA yang dapat sedikit imbuhan, tapi tak sedar bahasa sendiri semakin terhakis. Sedar atau tidak sekarang pun ramai murid yang tak dapat menguasai bahasa dengan baik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online