Monday 17 November 2008

SELAMAT BERCUTI

Sesi persekolahan pada tahun ini berakhir. Murid-murid bercuti. Begitu juga dengan guru-guru. Ada yang dah rancang nak makan angin di pulau yang indah, di kota keriangan, dan di tempat-tempat yang menarik di Malaysia ataupun di luar negara. Namun begitu kepada mereka yang bukan guru , jangan mengatakan yang cikgu hari ini banyak cuti. Senario hari ini yang mengatakan cikgu banyak cuti tidak boleh lagi diguna pakai. Penulis ingin menyatakan kepada semua yang bukan begelar warga pendidik bahawa guru hari ini masih bertugas walaupun anak muridnya bercuti. Misalnya , ada guru yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM dan STPM. Memang benar mereka dibayar, tetapi siapa yang hendak hadi pengawas peperiksaan semasa orang lain bercuti? Ada cikgu yang akan menjalakan kelas bimbingan semasa cuti kepada bakal murid yang akan mengambil UPSR , PMR , SPM dan lain-lain. Jadi, kepada guru yang kena bertugas semasa cuti , mereka perlu hadir ke sekolah. malah perlu menghadiri kursus. Bukan itu saja, ada guru yang pergi belajar pada waktu cuti ini. Apa pun istilah cuti setiap hujung tahun membayangkan guru-guru juga turut bercuti. SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK YANG MENGAJAR DI SEKOLAH. Jangan lupa , bercuti hanya sementara untuk merehatkan minda kerana cabaran pada tahun hadapan lebih mencabar. Betul ke...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online