Wednesday 3 September 2008

BERPUASA MENDORONG KE ARAH KEBAJIKAN

Amalan berpuasa umumnya mengetahui maksud puasa tersebut iaitu melaksanakan ibadat penting dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Oleh itu , bagi kita yang sedang berpuasa seharusnya menjaga diri dan tindak tanduk daripada sebarang perbuatan yang boleh mencacatkan ibadat puasa.

Nabi Muhamamad SAW bersabda yang bermaksud:

" Tiga golongan yang tidak ditolak doa permintaanya, antara golongan itu ialah seorang yang berpuasa apabila dia berbuka puasanya." ( Hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah )

Bagi kita yang berpuasa Ramadan , sejak bermula ibadat puasanya hingga kita berbuka, akan dikabulkan doa permintaanya oleh Allah dengan syarat puasanya benar-benar seperti yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya.

Amlan berpuasa juga dapat menghindarkan kita daripada terusan melakukan perkara yang lagha kerana orang yang berpuasa sudah pasti akan menjaga puasanya. Orang yang berpuasa sewajarnya bermuhasabah dengan pelbagai soalan tentang dirinya sendiri. Antara soalan yang boleh belegar di minda kita ialah " bagaimana aku melakukan ibadat diperintah Allah dan pada waktu yang sama aku tidak menunaikan solat , mengeluarkan zakat dan amalan yang lain?"

Justeru sempena bulan Ramadan yang mulia ini marilah kita sama-sama melakukan amal ibadat.Mengajak orang melakukan kebajikan dan menyebarkan segala kebaikan kepada orang lain maka kita beroleh faedah. Seperti mana sabda Nabi SAW yang bermaksud

" Siapa yang mengajak ke arah kebaikan , dia beroleh pahala yang sama daripada pahala orang yang mengikuti nasihatnya itu , malah tidak dikurangi sedikitpun pahala sesama mereka."( Hadis Riwayat Muslim )


P/s : Semalam saya berjumpa sahabat lama , Amal , Ikhlas , dan Taqwa. Mereka tiada tempat untuk berteduh , lalu saya menumpangkan mereka di rumah saya. Semoga mereka dapat mem bersama-sama kita menghidupkan bulan keberkatan ini. Ahlan Ya Ramadan...

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online