Sunday 21 September 2008

AKU ORANG KAMPUNG

Kemeriahan Syawal semakin terasa. Ramadan kini di penghujung. Pasti lambaian kampung menggamit warga kota yang menghitung hari untuk kembali. Sudah pasti kepada mereka yang menetap berjauhan dengan kedua orang tua akan teruja untuk balik menyambut aidilfitri di kampung. Namun bagi yang menetap di tempat yang sama dengan orang tua, pasti tidak akan terasa suasana balik kampung. Berdasarkan pengalaman aku yang merantau di Selangor selama tujuh tahun, bermacam perasaan telah dirasa. Memang bagi yang tinggal jauh dari kampung halaman , akan terkenang , terimbau kenangan semasa berpuasa dan beraya di kampung. Persoalan aku di sini , masih wujudkah kampung yang yang dikatakan desa permai. Bagi yang jauh diperantauan, sudah tentu mereka masih mengatakan mereka mempunyai kampung lagi. Namun hari ini tiada lagi suasana kapung bagi aku. Kalau balik Pokok Sena apabila aidilfitri menjelma, jalan penuh dengan plate kenderaan dari luar. Kesesakan mengalahkan Kuala Lumpur. Di mana-mana pun sama saja aku lihat. Kewujudan kenderaaan yang luar biasa menyebabkan suasana kampung sudah bertukar menjadi Kota yang besar. Kereta besar menderam lalu di hadapan rumah dengan laju. silap-silap anak Pak Mat kena langgar dengan kereta orang Kuala Lumpur. satu lagi cerita yang syok setiap kali aku balik kampung ( dulu laaa...) , Pak Cha dok asyik bersungut pasal kat pasar penuh orang. Biasa dok beli ikan , orang tak ramai pun. Lagi satu dia kata orang Kuala Lumpur lapar balik. Nak pergi beli ikan , sayur dan barang-barang kat pasar dah habis. Jual pula bukanya murah , orang KL sanggup beli. Aku dengar dan senyum sahaja kepada Pak Cha. Biasala..orang balik kampung , bukan selalu. Kalau dah orang kampung tu.., kat mana pergi pun kita akan balik juga. tapi bagaimana dengan anda yang mungkin tak nak balik kampung.. ye lah kampung pun tak ada. Nama ja kampung , macam kampung Idaman dan Kampung Raja Uda di Pelabuhan Klang, tapi bukan kampung tu. Hari ini, keterujaan aku nak bailk kampung dah kureng.., biasalah dah balik memetap di negeri sendiri. Jadi bagi mereka yang masih menetap di luar dan memang dah menetap kat luar tu , kalau nak rasa balik kampung, tinggallah di bandar. Ramadan dah nak tinggalkan kita , sambutlah kedatangan syawal dengan gembira.




HADIRMU RAMADHAN

Kehadiranmu kali ini Ramadhan
saban tahun membawa keberkatan
mengajak insan bermuhasabah diri
mengatur langkah mendekati ilahi
tindak kesyukuran mengecap nikmat rezeki
tawadduk mendapatkan keampunan-Nya
tatkala berkunjungya Ramadhan
terbuka segala pintu syurga buat manusia.

Kehadiranmu Ramadhan penuh kenikmatan
bersama sinar keimanan terpancar di dalam rohnya
mengajak insan mengalunkan zikir kecintaan
mewangikan ummah semerbak kasturi
takbir dan tahmid memecah hening malam
menahan tusukan selumbar kemungkaran
saat Ramadan berkunjung
selautan pahala digandakan.

Kehadiranmu Ramadhan menyulam kesabaran
mujahadah insan menentang kekufuran
melambai keinsafan bertandang semi
bersemadi di hati tegak berdiri
moga menjadi titik perubahan kehidupan
menambah nilai amal di lebuh pemikiran
sementara Ramadan masih di landasan
sebelum Syawal mengetuk pintu memberi salam.

ZABRI ZAINOL ABIDIN
Kg Pancor, Pokok Sena.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online