Monday 25 August 2008

SUMPAH...

Sumpah Cikgu..saya tak buat pun.. seorang murid menafikan perbuatanya.
Sumpah yang..abang tak buat lagi... seorang suami menafikan dan berjanji tak buat lagi
Sumpah aku tak buat lagi...biasa la keluar dari mulut setiap orang.
Melihat kepada perkara di atas , perkataan sumpah hari ini macam menjadi perkara biasa. Kalau dahulu , kita takut juga bermain dengan sumpah. Melihat contoh filem "Sumpahan Orang Minyak" , " Sumpah Semerah Padi " dan banyak lagi berkaitan dengan sumpah. maka sekiranya kita bersumpah sudah tentu diri akan dimakan sumpah. Percaya atau tidak, hari ini semua orang senang-senang sahaja bersumpah. Polemiknya, orang akan memandang sinis tentang sumpah yang dilakukan. Seorang penjawat awam juga pasti akan mengangkat sumpah sebelum menjadi pegawai awam. Kita perlu ke pejabat Suruhanjaya Sumpah untuk mengangkat sumpah seterusnya menandatangani persetujuan menjadi penjawat awam. justeru apa bezanya sumpah penjawat awam dengan sumpah yang kita dengar dan lihat semenjak dua menjak ini.
Bagaimana kita ingin melakukan Sumpah. Menjadi masalah kepada kita semua kerana terdapat pelbagai versi mengangkat sumpah. Ada yang berkata begini, ada yang berkata begitu. Tambahan pula kita bukan daripada golongan yang cerdik pandai dalam bidang agama. Maka, boleh dikatakan sumpah kita dengan Pesuruhjaya sumpah tidak menepati kehendak Islam. Lantas bagi mereka yang arif tentang bagaimana hendak bersumpah, muhabalah dan lah-lah yang lain maka wajib memberitahu kepada yang tidak tahu. Apa yang pasti, sekiranya kita bersumpah dengan nama Allah, tidak kira dimana kita berada , pembalasan Allah tetap kita terima. Justeru jangan kita bermain sumpah , tamabahan pula menyebut nama Allah. Tidak mendapat pembalasan sekarang , bagaimana dengan akhirat ?
p/s : Jangan bermain dengan sumpah.......

3 Comments:

Anonymous said...

salam cikgu...

Saya tak berani nak main dengan sumpah.. tapi biasa juga angkat sumpah. Cikgu pun kena pergi suruhanjaya sumpah kan? Alaah cikgu.. sumpah sekarang ni bukan macam Tanggang dengan ibunya lagi...salam

shakirabid said...

salam bri...
waw... dah ada perkembangan dalam penulisan . aku suka tajuk ni...
ko tengok lah nanti... sumpah akan menjadi perkara 'mainan' selepas ni. sikit2 nak sumpah. bila si S bersumpah... si T, si N pun nak bersumpah jugak... nak tunjuk depa pun x bersalah...
lepas ni kalau ada pelajar yang buat salah di sekolah berani bersumpah depan guru disiplin semasa soal siasat...
apa guru disiplin nak buat yek?..
kena buang kes ker?.

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

Salam Ket..
Sumpah menjadi mainan ? aku setuju dengan hang. Biasala...kita yang tak berapa pandai tentang sumpah ni, menjadi mainan orang yang kata tahu dari segi agama. jadi, lepas ni kalau anak murid hang bersumpah , perlu ka dia buat macam orang dok buat la ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online