Saturday, August 2, 2008

DIMARAH, ANAK DAPAT" B" BAHASA MELAYU

Sebagai seorang guru, saya tak mahu melihat anak murid saya dapat B , kalau boleh semua orang dapat A. Tapi kadang-kadang ibu-bapa tidak faham situasi dan keadaan anak-anak. Kalau boleh nak disuruh anaknya setiap kali periksa mesti dapat A ( 80% ke atas ). Perkara ini berlaku selepas peperiksaan pertengahan tahun baru-baru ini.

Seorang bapa tidak puas hati kerana anaknya mendapat 74% kertas pemahaman Bahasa Melayu. Saya sebagai guru kelas dan guru Bahasa Melayu diserang dengan kata-kata ini.

"Cikgu mengajar macam mana? kalau boleh ikut macam cikgu Bahasa Inggeris , garang sikit, bagi kerja rumah banyak, dan cikgu boleh keluarkan perkataan "idiot" bodoh dan sebagainya bagi murid tu rajin sikit".

Pada mulanya saya tidak berasa apa-apa, tapi membandingkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah satu perkara yang tidak dapat saya terima. Sedangkan kita kenal rakan kita yang mengajar dan bagaimana hubunganya dengan murid.

Lantas saya berkata kepada bapa tersebut, encik tahu tak Bahasa Melayu adalah mata pelajaran yang paling sukar dalam peperiksaan. Kalau setakat Bahasa Inggeris anak encik dapat A dengan aras soalan yang senang, belum tentu lagi anak encik akan dapat A untuk peperiksaan UPSR nanti. Saya bercadang membina soalan Bahasa Melayu aras darjah 2 atau 3 biar semua orang dapat A. Tapi ini akan menyusahkan saya kelak, dikatanya pula Bahasa Melayu senang.

Sebenarnya, Bahasa Melayu susah. Tapi ibu bapa hari ini lebih mementingkan Bahasa Inggeris. Maka perkara ini terjadi. Bagi penulis , Bahasa Melayu lebih sukar berbanding Bahasa Inggeris. Bapa pelajar saya masih tidak berpuas hati dengan penerangan saya. Jadi saya katakan padanya, balik rumah nanti jangan paksa anak belajar hingga anak tertekan. Biarlah otak anak berkembang dengan potensi dan bakat yang ada padanya.


moral: Jangan tekan anak-anak sehingga anak gila.....

p/s: Apa pandangan anda tentang cerita saya di atas?

5 Comments:

iredk said...

Saya juga mengajar Bahasa Melayu, dan seringkali menghadapi masalah yang sama setiap kali ada Hari Terbuka sekolah selepas PKSR. Ibu bapa cuba memberi tekanan kepada kita. Namun kita boleh menghadapinya dengan pertimbangan emosi & kekuatan pengalaman yang ada. Tetapi, ibu bapa seringkali lupa untuk mengimbas masa mereka bersama anak2. Tekanan yang dihadapi oleh anak-anak, mereka tidak cuba meleraikannya. Satu jam sehari, 5 jam seminggu kita berusaha dlm p&p yang tersusun untuk mereka. Ibu bapa? Seminggu berapa jam agaknya ya mereka cuba mengajar anak-anak? Bagi saya mendapat "A" itu bukan hanya setakat di kertas, tetapi memahami, menghayati, menguasai, mengaplikasi, Bahasa Melayu itu sendiri yang menjadikan kita "A". Murid yang mendapat "A" dalam Bahasa, tidak semestinya bagus dalam tutur kata, sahsiah apatah lagi emosi...

ANJUNGSENA said...

kalau pemikiran ibu bapa macam ired, saya rasa tak akan ada anak-anak yang tertekan. potensi dan bakat anak-anak berkembang mengikut tahap umur. saya setuju dengan anda.

Anonymous said...

Salam...
Saya mengajar Bahasa Inggeris di sekolah kampung. Masalah saya pun sama sebenarnya. Mentaliti ibubapa yang mahukan A diatas kertas dalam semua subjek disekolah. Biasalah tu. Sapa tak sayang anak. Tetapi sebenarnya saya lebih kecewa pada sistem kita atau lebih tepat lg sistem pelajaran kita yang mahukan murid skor gila2. Murid hari ini sangat obses belajar sampaikan darjah 1 pun dah p tuisyen. Rasanya semua dah jadi mcm robot pulak. Disiplin entah ke mana, budi bahasa...... alahai, memang pening. Akhirnya saya dan suami ambil keputusan hantar anak2 ke sekolah pondok je. Nanti umo 17, amik SPM calon persendirian. Saya susah hati memikirkan nasib anak2 saya dengan sistem pelajaran sekarang. Walaubagaimanapun, saya sebagai guru di sekolah kebangsaan tetap menjalankan tugas mengajar murid skor A dan menerapkan nilai2 murni, motivasi agar menjadi murid yang cemerlang dunia dan akhirat.

ANJUNGSENA said...

salam..
Sebenarnya , potensi seorang pelajar adlah lebih penting daripada dapat berapa A. Walaubagaimanapun kita tidak boleh mengabaikan akademik di sekolah kerajaan atau swasta. Mungkin hari ini, seorang pelajar tidak langsung mendapat markah A, siapa tahu suatu hari nanti dia akan menjadi orang yang berjaya. fikir-fikirkanlah...

Anonymous said...

Salam....

Setiap orang ada pendapat masing2.... Terpulang kepada ibu bapa yang mencorakkan anak2 mereka. Saya juga antara ibubapa yang mahukan anak2 saya mendapat A setiap kali ujian dan kalau boleh dalam setiap matapelajaran. Tapi saya tahu bukan semua anak mempunyai IQ yang sama. Saya lebih selesa anak2 saya membesar menjadi diri mereka sendiri diatas acuan Islam. Tiada A pun tak mengapa. Yang penting akhlak dan sahsiah terjaga. Perlukah 100 A untuk menjadi "somebody"? Cuba cikgu lihat, berapa banyak orang yang berjaya dan terkenal adalah orang yang biasa-biasa saja di waktu sekolahnya? Bandingkan pula dengan genius matematik kita, Sufiah. Menjejakkan kaki ke Universiti Oxford waktu umurnya 13 tahun! Lihat apa yang terjadi kepada dia sekarang???? Kasihan... Sufiah akan lebih cemerlang sebenarnya jika dia dulu TIDAK hanya dididik dengan ilmu dunia, tapi akhirat juga. Maaf jika ada yang tersinggung. Ini cuma pendapat peribadi saya. Tidak ada kena mengena antara yang hidup atau yang sudah tiada. Terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online