Sunday 3 August 2008

"CIKGU PONDAN"

Baru-baru ini kita dikejutkan ( terkejut ka? biasa ja ) dengan penanahan seorang guru yang menyertai ratu pondan di Kota Bharau Kelantan. Sebenarnya, perkara ini telah berlaku sekian lama. Namun apabila perkara ini berlaku, banyak pihak yang memandang sinis terhadap semua golongan guru. Adakah pihak guru yang bersalah atau ada perkara lain yang perlu disalahkan?.

Jika melihat penahanan guru tersebut sebagai perkara yang memalukan guru, bagaimana pula dengan "Guru Pondan di sekolah". maksudnya guru disiplin yang boleh dianggap pondan kerana tiada sebarang kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Kita semua mengetahui, jawatan guru disiplin hanyalah sebagai boneka sahaja. Justeru gelaran pondan sesuai juga diberikan kepada guru disiplin. Kejadian yang membabitkan salah laku pelajar semakin menjadi-jadi. Sekiranya guru mengambil tindakan, saman daripada ibu-bapa akan menyusul. Sekarang, guru tidak boleh lagi memukul pelajar yang melakukan kesalahan hatta menjeling sekalipun tidak boleh. Lantas apakah guru-guru hari ini boleh diibaratkan sebagai "pondan".

Pihak yang bertanggunggjawab semestinya memikirkan perkara ini sebelum mengeluarkan arahan kepada guru. Kembalikan kuasa guru agar guru-guru tidak lagi dianggap sebagai pondan.
Sudah tentu ibu bapa hari ini memahami situasi yang berlaku sekarang. Jika dahulu mereka boleh dimanusiakan oleh seorang guru biasa, sudah tentu mereka mengharapkan guru-guru hari ini memanusiakan anak-anak mereka pula.

Walaubagaimanapun , kejadian yang berlaku di Kota Bharu tidak boleh dianggap terpencil. Masalah jiwa dalam kalangan guru harus ditangani dengan berhemah. Pihak kementerian perlu membuat penilaian yang sewajarnya dalam kes ini. bukan semua guru yang mengalami masalah jiwa melakukan perkara sebegitu. Justeru jika kita dianggap pondan, maka anak-anak murid kita semua adalah generasi pondan yang tidak takut akan kesalahan dan salah laku yang mereka lakukan.



p/s : Guru disipin macam saya tiada apa-apa kuasa. Kalau pelajar buat salah tegur ja. nak berubah terletak pada diri sendiri.......fikir-fikirkan.

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online