Sunday 20 July 2008

CIKGU JADI PENGASUH



Kita telah lama mendengar ura-ura yang menyatakan bahawa pada masa akan datang waktu bekerja bagi guru sekolah bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 prtang. Kenyataan yang dibuat oleh pihak tertentu sudah tentu menggusarkan ahti para guru. Justeru menjadi pengasuh kepada ibu-bapa adalah perkataan yang tepat untuk tugasan itu. Hal ini dapat dilihat kepada tugas ibu bapa hari ini yang rata-ratanya bekerja pada pukul 8.00 pagi dan pulang lewat petang. Sudah tentu, ibu bapa tidak perlu lagi menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau jagaan malah mencari pembantu rumah kerana guru sekolah mengambil tanggungjawab itu.



Melihat kepada kenyataan di atas , ibu bapa tentu sahaja bersetuju dengan keadaan itu. Tetapi bagaimana dengan guru-guru yang juga mempunyai keluarga. Ibu bapa tidak perlu memikirkan kepentingan diri sahaja. Guru-guru juga perlu mendidik anak-anak mereka. Sekiranya , seharian menjaga 40 orang murid. Maka guru-guru hari ini bolehlah dianggap sebagai pembantu rumah atau pengasuh. jika benar apa yang dikatakan ini berlaku, bertambah lagi tugas guru pada zaman yang mencabar ini.

5 Comments:

shakirabid said...

salam...
itu cuma perancangan... tapi hakikatnya, aku kini yang mengajar di sekolah menengah...selalunya balik jam 3.00 hingga 4.30 petang.
apa bezanya dengan cadangan pihak tertentu tu...
aku 7.15 hingga 4.15
cadangan pihak tu... 8.00 hingga 5.00
x dak beza masa kan...
gaji...? cam tu jugak...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

salam

masalahnya sekarang ni, kalau kat sekolah rendah ada problem sikit kot. kalau kita tak jaga budak tak pa. biasa-biasa pun kita balik pukui 2 atau 3 petang. habis tu.. kalau dah kena jaga budak, mengajar sampai ke pukui 5. camno...kalau ada kat sekolah buat kerja lain tu biasala..tu. betoi dak

shakirabid said...

betul tu...
tapi sekolah aku kelas sains habis kul 3.20 petang. kelas lain habis kul 2.40 petang...
:)

iredk said...

Cikgu-cikgu wanita nilah yang paling kena dikesian kan... Pagi bawa ke petang sekolah, balik rumah dah waktu maghrib, nak masak dah letih (camno nak pikat perut suami), nak buat koje rumah lagi. Pas tu... Koje lagi.... Ha, sapo yang nak nolong tu? Alamatnya, ramailah cikgu-cikgu wanita ni pencen awal.. Terutama yang ada penyakit mcm saya ni haa...

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

kita tunggu sahaja pelaksanaanya nanti. kalau betul-betul terjadi, boleh la kita pikir-pikir nak cari kerja lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online