Sunday 1 April 2007

BACA SAJA UNTUK SUKA-SUKA


SEBUAH INGATAN

Hadirmu Muhammad
menjadi manusia pilihan
membawa cahaya kebenaran
menerangi ruang minda umatmu
dengan perutusan yang jelas ‘iqra’
tersemat ilmu di dada khalifah bumi
sebagai benteng menentang keangkuhan
gelombang abad, titik perubahan tajdid manusia
.

Hadirmu Muhammad
menggugah mandiri manusia jahiliah
dengan tindak serta cela bahasa mereka
namun kecekalan hatimu meleburkan
segala ranjau yang melambai di hadapan
jadi pedoman pewarismu mewujud dimensi
aqli yang syumul.

Kulaungkan sirahmu Muhammad
renungan insan yang semakin alpa
sesudah mendaki kemuncak tinggi
lupa mengenali diri dan sunnah agung
lambang kebesaran umat pilihan pencipta
sejak dirimu dilahirkan Ya Muhammad
kembara perjuanganmu membawa ke akhir zaman.

Kuhampar sirahmu Muhammad
sebuah ingatan, keindahan namamu sentiasa digugat
akal hedonisme idelogis-ideologis sekular
yang tidak akan mengaku
sebagai umatmu

Anjung Sena, Kulim

3 Comments:

shakirabid said...

salam..
amboih... ingat ke raja petra je ada blog. moga menjadi bloger yang baik.

ABD.MANAP B.ABD.RAHMAN said...

Bri...tahniah di atas penghasilan blog.
Bri,dalam melaksanakan tugas,kalau setakat bagi arahan sesiapa pun boleh,tapi yg nak melaksanakan... bagaimana pula?....

ZABRI ZAINOL ABIDIN said...

terima kasih manap dan ket. amboi hangpa apa kurangnya. aku masih dalam mencari tapak sebagai blogger terkenal he heh....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

blogger templates | Make Money Online